Permulaan Hidup Yang Indah

Assalamualaikum admin… Nama saya Linda, umur 32 tahun. Saya seorang isteri dan ibu kepada empat orang anak. Hidup kami dulu biasa-biasa saja, susah, naik motor berpanas berhujan. Tapi alhamdulillah, berkat usaha dan doa, Allah buka pintu rezeki kami.

Saya dan suami sama-sama mulakan perniagaan kecil-kecilan. Lama-kelamaan perniagaan kami berkembang. Dari hidup cukup-cukup makan, kami mampu beli dua buah banglo dan tiga kereta mewah. Hidup kami berubah 360 darjah. Syukur ya Allah.

Pengorbanan Seorang Suami

Dulu saya ni perempuan biasa, gemuk, penuh jerawat… wajah pun tak sedap mata memandang. Tapi suami tak pernah hina. Malah dialah yang tolong ‘cantikkan’ saya. Suami bawa saya rawatan sana sini, rawatan kulit, slimming center… sampai saya sendiri pun terkejut tengok perubahan diri.

Makin hari, makin ramai yang perasan perubahan saya. Kawan-kawan lama mula menjauh, katanya saya lupa diri. Tapi bukan… saya cuma tak mahu terjebak dengan kawan yang suka dengki dan membawang bila tengok hidup orang lain senang.

Ujian Yang Meruntuhkan Segalanya

Tapi langit tak selalunya cerah. Allah uji kami… suami terlibat dalam kemalangan. Kaki dia patah, tulang belakang retak. Sejak hari itu, dia lumpuh. Terbaring saja atas katil, nak urus diri pun dah tak mampu.

Awal-awal memang saya kuat. Saya jaga suami sepenuh hati, suapkan makan, mandikan, uruskan semuanya. Tapi sebagai isteri… saya mula rasa kosong. Jiwa saya tertekan, batin saya terseksa. Tujuh bulan saya bertahan… tapi makin lama makin lemah.

Datangnya Seorang Lelaki…

Waktu itulah hadir seorang lelaki — rakan bisnes. Mulanya kami berbual tentang kerja, bisnes… lama-lama makin rapat. Dia juga ada masalah rumahtangga. Katanya isteri tak pernah peduli, tak tahu hargai dia sebagai suami.

Setiap hari kami bertukar cerita… sama-sama mengadu nasib. Dan dari sekadar simpati, jadi sayang. Kami terlanjur… ya Allah… saya kalah. Saya dah cuba tahan, tapi naluri sebagai wanita tewas. Dan saat saya tahu saya mengandung… saya buntu.

Dosa Yang Berulang

Saya gugurkan kandungan itu. Saya rasa jijik dengan diri sendiri. Saya minta faskh, tapi saya tak sanggup tengok suami saya yang lumpuh terbaring. Dia pandang saya dengan penuh harapan. Saya tewas lagi… saya teruskan hidup macam biasa.

Tapi tak lama… kami bersambung semula. Rindu yang terpendam buatkan saya cari dia. Dia pun rindukan saya. Dan akhirnya, kami terlanjur lagi… kali ni lebih dari sebelum ni. Saya mengandung lagi… anak lelaki itu.

Aku Buntu… Sampai Bila?

Sekarang saya buntu. Saya tak bahagia dalam rumah tangga sendiri. Saya sayangkan lelaki itu. Dia pun sayang saya. Tapi saya tahu, semua ni salah. Salah besar… tapi saya dah terlalu jauh.

Macam mana nak halalkan hubungan ni, admin? Apa harus saya buat? Adakah selama-lamanya saya akan terus jadi isteri derhaka dan pendosa? Saya tak sanggup terus begini. Tapi nak tinggalkan suami… Allah saja tahu beratnya.

Mohon nasihat… saya merayu…