Aku tak tahu nak mula dari mana. Sepuluh tahun aku pendam benda ni. Aku cuba bertahan, aku cuba terima, aku cuba anggap ini perkara kecil. Tapi aku dah tak tahan.
Boleh ke alasan suami pemalas mandi dan berbau dianggap munasabah untuk aku minta cerai?
Aku tahu, ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku yang kena hadap hari-hari, ini satu bentuk penderitaan.
10 Tahun Suami Malas Mandi
Kalau hari kerja, dia mandi sekali je โ itupun pagi sebelum keluar rumah.
Lepas balik kerja, dia tukar seluar, terus baring depan TV. Kerja dia jenis berpeluh, bukan duduk dalam aircond. Tapi tetap, dia tak rasa nak mandi.
Hari Sabtu Ahad? Langsung tak mandi.
Bukan setakat mandi, gosok gigi pun malas. Dia gosok sekali sehari โ itupun masa mandi pagi. Kalau ajak keluar weekend, dia keluar rumah dalam keadaan tak mandi.
Aku pernah ajak dia mandi sebelum keluar, tapi dia marah. Bila aku tegur, dia buat muka masam.
Aku yang malu! Nak jalan sebelah dia pun rasa segan, bau badan dia kuat.
Mulut Berbau Sampai Aku Pening
Aku cuba tolong dia. Aku beli floss, mouthwash, malah mouthspray pun aku belikan. Tapi semua tak berfungsi sebab dia tak gosok gigi dengan betul.
Bila aku sembur mouthspray untuk dia, bau busuk tetap menembus keluar.
Masa bercinta dulu, kami jarang berjumpa sebab duduk jauh. Sekali-sekala jumpa pun, takde bau yang tak enak.
Sekarang ni? Aku bercakap dengan dia pun kena tahan nafas. Bau mulut dia kuat sangat sampai aku terpaksa palingkan muka.
Kadang-kadang, aku kena pusing kepala sikit sebab tak tahan bau. Dia boleh perasan dan tanya, “Kenapa buat muka macam tu?”
Aku cuma senyum tawar. Aku tak tahu nak jawab macam mana.
Rumah Bersepah, Aku Juga Yang Uruskan Semua
Bukan setakat malas mandi, baju dia bersepah merata.
Tuala tak pernah sidai, bau hapak, berkulat.
Aku buat semua kerja rumah seorang diri. Bukan aku tak mampu, tapi aku letih.
Aku nak rasa dihargai, aku nak suami yang ada kesedaran tentang kebersihan.
Minta Bersama, Tapi Aku Sendiri Tak Tahan
Benda paling menyedihkan, bila dia minta bersama.
Aku tak sanggup!
Aku tahu aku isteri, aku tahu aku berdosa kalau menolak.
Tapi aku nak buat macam mana? Bau dia terlalu kuat sampai aku mual.
Bau peluh, bau mulut, bau badan yang entah berapa hari tak kena air.
Bila aku minta dia mandi dulu sebelum bersama, dia cakap nanti la.
Sampai bila aku nak macam ni?
Aku Malu Dengan Diri Sendiri
Aku pernah cuba sabar, bertahan, berharap dia akan berubah.
Tapi 10 tahun aku tunggu, dia tetap sama.
Aku dah sampai tahap rasa jijik dengan suami sendiri.
Setiap kali dia cakap aku berdosa sebab selalu tolak dia, aku makin rasa bersalah.
Tapi salah aku ke kalau aku sendiri tak boleh tahan bau dia?
Aku takut aku berdosa sebab menolak dia.
Tapi aku juga tak nak paksa diri untuk sesuatu yang aku jijik nak buat.
Sekarang aku buntu. Aku tak tahu nak buat apa.
Kalau aku mintak cerai sebab alasan ni, orang akan kata aku isteri tak setia, isteri tak redha dengan kelemahan suami.
Tapi sampai bila aku nak bertahan? ๐ข