Perubahan Isteri Lepas 5 Tahun Kahwin

Lima tahun usia perkahwinan kami. Masa mula-mula kahwin dulu, isteri aku jenis rajin. Bangun pagi-pagi, dia dah siapkan sarapan. Rumah kemas bersih, baju aku dan anak terjaga rapi.

Balik kerja penat-penat pun hilang bila nampak senyuman dia sambut kat muka pintu. Petang-petang kalau ada masa lapang, kami borak panjang. Gelak sama-sama, cerita pasal anak, pasal masa depan.

Tapi aku tak sangka… lepas cukup lima tahun, semuanya berubah. Isteri aku macam orang lain. Yang dulu rajin kemas rumah, sekarang pandang pun tak nak.

Lantai dah berhabuk, dapur bersepah, baju anak pun dah berlonggok tak berlipat. Aku yang penat balik kerja, terpaksa kemas rumah sendiri.

Hilang Terus Seri Seorang Isteri

Masakan pun dah tak macam dulu. Dulu rajin dia masak lauk kegemaran aku, walaupun penat kerja.

Sekarang? Kalau aku tak beli lauk, anak-anak tidur malam dengan perut kosong. Bila aku tanya kenapa tak masak, kenapa rumah bersepah… satu je jawapan dia โ€” โ€œItu semua tugas suamiโ€.

Terkedu aku dengar. Aku senyap, aku buat je. Dalam hati ni, aku pendam sendiri. Sebab aku fikir, mungkin dia penat.

Aku faham, jaga anak bukan senang. Tapi aku pelik, 24 jam aku tengok dia pegang telefon. Makan, dalam tandas, baring… semua dengan handphone.

Terbongkar Rahsia โ€“ Group โ€˜Isteri Bukan Suruhanโ€™

Satu hari aku tergerak hati nak tengok handphone dia. Aku tengok-tengok ada satu group WhatsApp โ€” โ€œIsteri Bukan Suruhanโ€.

Aku bacaโ€ฆ meremang bulu roma aku. Semua dalam group tu macam hasut isteri supaya tak payah layan suami.

โ€œKalau dia suruh masak, jangan layan.โ€
โ€œBiarkan dia tahu susahnya jaga rumah.โ€
โ€œBiar laki tu belajar hargai kita.โ€
โ€œLelaki wajib sediakan segalanya. Kita bukan hamba.โ€

Ada pulak yang cakap, โ€œAku dah 2 bulan tak masak. Lantak laki aku nak makan apa.โ€
Yang lain pun ramai sokong, siap bagi tips macam mana nak bagi suami rasa terseksa.

Aku Redha, Tapi Hati Ni Tuhan Je Yang Tahu

Dari hari tu aku dah faham kenapa isteri aku berubah. Aku cuba sabar. Aku buat semua kerja rumah sendiri. Lipat kain, basuh pinggan, sidai baju, mandikan anak.

Aku buat semua sebab aku tak nak anak-anak terabai. Tapi makin lama, makin aku rasa diri aku ni macam orang gaji dalam rumah sendiri.

Bila aku tegur, dia akan cakap aku dayus. Katanya aku tak mampu jadi suami yang sempurna. Aku diam je.

Malas nak panjangkan cerita. Malam-malam aku baring tepi anak-anak, pandang siling… aku fikir, salah ke aku sebagai suami nak isteri bantu ringankan sikit beban?

Sekarang Aku Redha, Tapi Sampai Bila?

Setiap malam aku doaโ€ฆ aku doa moga Allah lembutkan hati isteri aku. Aku doa moga dia sedar. Tapi makin hari makin teruk.

Bila aku cerita kat kawan-kawan, ramai yang cakap benda sama. โ€œMemang group tu tengah berleluasa sekarang. Habis rosak rumah tangga orang sebab group tu.โ€

Aku tahu, isteri aku sayang anak-anak. Tapi aku tak tahu… sayang dia kat aku masih ada ke tak. Sekarang, aku cuma tunggu masa. Aku penat dah.

Kalau aku terpaksa lepaskan, mungkin itu jalan terakhir. Aku tak sanggup anak-anak hidup tengok mak ayah dorang hari-hari bermasam muka.

Sampai bila aku nak hadap semua ni? Wallahu a’lamโ€ฆ