Berkali Aku Cuba Jadi Suami Terbaik, Tapi Jodoh Aku Dimainkan Orang Lain
Assalamualaikum semua… Aku minta admin sorok identiti aku. Aku cuma nak luahkan apa yang dah lama terpendam. Aku lelaki biasa. Aku bukan ustaz, bukan kaya, bukan hebat pun.
Tapi aku cuba jadi suami yang terbaik. Tapi mungkin nasib aku tak pernah berpihak. Ini kisah akuโฆ kisah aku dan seorang wanita yang pernah aku letakkan seluruh hidup aku padanya.
Semuanya bermula dengan satu kesilapan. Ya, aku mengaku. Kami terlanjur sebelum nikah. Tapi aku bukan lelaki yang lari dari tanggungjawab. Aku pilih untuk nikah.
Bukan sebab terpaksa, tapi sebab aku rasa mungkin inilah jalan aku untuk berubah, untuk betulkan kesalahan. Waktu tu, aku baru lepas habis belajar, kerja pun baru nak mula. Tapi aku nekad. Demi dia. Demi anak yang dia sedang kandung.
Anak Itu Hadiah, Tapi Aku Dihukum
9 bulan berlalu, lahirlah anak pertama kami. Allah je yang tahu betapa aku rasa kuat waktu tu. Aku sanggup kerja apa saja. Siang malam.
Kadang aku tidur dalam kereta, sebab balik rumah pun belum tentu disambut senyum. Tapi aku tak kisah… demi keluarga kecil aku.
Tapi lama-lama, aku mula perasan. Bukan setakat tak dihargai, aku mula dituduh yang bukan-bukan. Katanya aku lambat balik sebab keluar dengan perempuan lain.
Katanya aku tak call sebab aku tak peduli. Padahal aku penat cari rezeki. Aku fikir, takpe… mungkin dia penat urus rumah. Mungkin tekanan. Aku redha.
Sampailah aku mula hidu sesuatu. Rupanya dia mula contact semula bekas teman lelaki lama. Katanya bosan jaga anak hari-hari. Katanya kawan saja.
Tapi aku mula rasa tak sedap. Dan akhirnya… dia kantoi. Jumpa lelaki tu diam-diam. Bila aku tanya, dia jawab, “bukan aku tidur pun dengan dia, keluar ramai-ramai je.”
Malam Itu, Aku Jumpa Bukti Yang Hancurkan Hati Aku
Satu malam aku ambil phone dia masa dia tidur. Aku baca semua chat mereka. “Sayangโฆ bila kita boleh jumpa berdua macam dulu?” โ itu ayat lelaki tu. Dan bini aku balas “Biy, aku rindu kau. Tapi aku dah kahwin. Kita tengok nanti, ok?”
Bila aku tanya, dia kata aku membosankan. Dia perlukan kebebasan. Dan waktu tu, hati aku luruh. Aku pertahankan rumahtangga kami sampai tahap aku lupa diri aku sendiri.
Akhirnya kami bercerai. Talak satu. Aku reda, aku undur diri.
Tapi Bodohnya Akuโฆ Aku Terima Dia Semula
Beberapa bulan selepas tu, dia call balik. Katanya dia menyesal. Dia kata lelaki tu buang dia lepas dah puas. Aku, si bodoh yang masih sayang, masih fikirkan anak-anak, aku terima dia balik. Kawan-kawan aku cakap aku gila. Tapi aku tak kisah.
Kami rujuk. Aku mula dari kosong balik. Tapi jodoh kami pendek. Dia ulang perangai lama. Kali ni lagi teruk. Dia lari ikut lelaki tempat kerja dia.
Bawa sekali anak-anak. Hilang seminggu. Bila aku call, dia tak jawab. Bila aku mintak cerai, dia ugut nak viralkan gambar tak senonoh dia dengan lelaki tu, semata-mata nak buat aku malu.
Dia Akui… Dah Tidur Dengan Lelaki Tu Banyak Kali
Waktu dia balik rumah, aku dah nekad. Aku tanya dia, โKau betul dah tidur dengan dia?โ Dia jawab, โYa. Banyak kali.โ Masa tu, aku rasa macam dunia gelap. Aku lepaskan dia, kali ni dengan talak dua. Aku balik kampung, cari tenang.
Dan Seperti Biasaโฆ Dia Datang Merayu Lagi
Beberapa bulan kemudian, dia datang kampung dengan anak-anak. Katanya anak-anak rindukan aku. Tapi aku tahu… itu cuma alasan. Dia menyesal. Bekas kekasih dia dah campak dia macam kain buruk. Dan aku? Aku yang jadi tempat dia kembali.
Aku tanya semua kawan. Semua kata, โJangan!โ Tapi aku tetap lembut hati. Demi anak-anak, kami rujuk sekali lagi.
Dan Kali Ini, Dia Buktikan Memang Dia Tak Layak Dapat Peluang Lagi