Aku bukan isteri sempurna. Aku pernah jadi isteri yang derhaka. Aku pernah pilih orang luar berbanding lelaki yang pernah bersujud menangis nak pertahankan rumah tangga kami.
Dan hari ini… aku cuma mahu tebus semuanya. Kalau masih sempat.
Dulu, Aku Buta Dengan Janji Manis Cinta Baru
Dua tahun lepas… aku buat keputusan paling kejam dalam hidup aku.
Aku tinggalkan suami aku. Aku bawa anak kami, dan aku lari ikut lelaki lain. Masa tu aku buta. Aku rasa dunia baru aku lebih indah. Aku rasa lelaki baru tu faham aku, manjakan aku, jaga aku — lebih dari apa suami aku pernah buat.
Sedangkan hakikatnya… aku yang tak pernah pandang usaha suami aku. Aku yang tak pernah hargai diamnya, sabarnya, rayuannya.
Suami aku telefon, mesej, pujuk, merayu… Aku maki dia. Aku hina dia. Aku ugut dia — kalau tak ceraikan aku, aku takkan bagi dia tengok anak dia lagi.
Akhirnya… dia lepaskan aku. Dengan air mata. Di mahkamah. Aku nampak. Tapi aku sengaja berpaling. Konon aku kuat.
Apa aku dapat?
Dia Tinggalkan Aku… Bila Aku Dah Tak Ada Nilai
Lepas bercerai, aku hidup dengan lelaki baru tu. Konon cinta sejati.
Sampai aku mengandung anak dia.
Tapi bila anak lahir — dia berubah. Dia mula hilang. Mula sejuk. Mula sibuk. Sampai satu hari… dia pergi. Dengan perempuan lain. Tinggalkan aku dengan dua anak kecil. Seorang anak bekas suami. Seorang anak lelaki yang cuma tinggalkan kenangan pahit.
Waktu tu… baru aku terduduk. Baru aku teringat suami lama aku.
Baru aku rasa nak peluk balik semua yang aku buang.
Bila Aku Stalk Dia… Hati Aku Yang Hancur
Aku mula stalk suami aku. Bekas suami. Tapi dalam hati aku… dia masih ‘suami’ aku.
Dan waktu aku nampak dia… dengan wanita lain… tangan aku menggigil. Nafas aku sesak.
Dia dah kahwin, min.
Lepas empat bulan cerai dengan aku… dia kahwin.
Cepatnya dia ganti aku. Sedangkan aku pernah jadi dunia dia. Aku pernah jadi tempat dia sujud minta peluang.
Apa yang lebih buat hati aku koyak…
Isteri baru dia cantik. Manis. Berpegang tangan. Selfie dengan mak mentua. Shopping sama-sama. Sembang gelak-gelak.
Sedangkan dulu, aku tak pernah pun merasa mak mentua belanja makan. Apatah lagi belikan hadiah.
Kenapa mak dia layan orang baru lebih baik? Aku ni dulu apa??
Anak Aku Dia Tak Ingat, Anak Baru Dia Sambut Meriah
Lagi satu… anak baru dia sambut birthday siap kek, dekorasi, gambar semua.
Anak aku?
Bezanya sebulan je pun. Tapi tak pernah pun dia tanya, “anak kita sihat?” Apatah lagi nak tanya bila birthday dia.
Aku pandang muka anak aku… aku menangis. Aku peluk dia. Tapi aku tahu, aku yang buang ayah dia dari hidup kami dulu.
Dan sekarang… aku nak betulkan.
Tapi Dia Suruh Aku Jangan Kacau
Aku pernah cuba mesej dia. Perkenalkan diri. Aku tahu dia kenal nombor tu.
Tapi dia balas ringkas:
“Tolong jangan kacau hidup saya lagi.”
Aku terdiam. Lama.
Tapi aku yakin… dia masih sayang aku. Mungkin dia marah. Tapi marah boleh hilang. Cinta takkan hilang.
Aku Nak Tunjuk Bini Baru Dia Siapa Aku Dulu
Sekarang ni, aku tengah cari nombor isteri baru dia. Aku nak hantar gambar lama aku dengan suami aku.
Gambar kami senyum sama-sama. Video dia nyanyi untuk aku masa anniversary. Bukti kami bahagia dulu.
Aku nak dia tahu — aku dulu pernah jadi dunia suami aku.
Aku tak kisah dia kecam aku. Tapi aku nak dia tahu… aku akan rebut balik. Aku akan dapatkan balik hak aku.
Salah Ke Kalau Aku Minta Peluang Kedua?
Orang semua layak diberi peluang kedua kan?
Aku tak nak suami orang. Aku nak bekas suami aku. Ayah kepada anak aku. Lelaki yang aku buang, tapi hati aku tak pernah lupa.
Aku janji… aku akan jadi isteri yang lebih baik dari dulu.
Siarkan luahan ni min… tolong. Jangan kecam. Aku bukan nak rampas. Aku cuma nak tebus… sebelum terlambat.
Muah.
Dari seorang bekas isteri yang baru tersedar.