AKSI spontan ‘terlebih mesra’ seorang wanita naik ke pentas mencium pipi seorang lelaki sebanyak tiga kali selepas bersalam menjadi perhatian warga maya.
Pelbagai reaksi di media sosial dapat dilihat setelah video itu tular, malah tetamu di majlis itu juga terkejut dengan adegan tak disangka yang dilihat di depan mata.
Aimi Iylia Md Sani, 32, memperincikan semula kepada mStar mengenai kejadian pada majlis Muqmeen Group National Annual Award Presentation Night (MGNAAPN), awal Jun lalu.
“Semua adik-beradik saya merupakan ejen takaful Prudential dan hubungan kami memang rapat.
“Kalau berjumpa memang salam peluk cium. Ini bukanlah kali pertama kami buat sedemikian. Jadi, bila saya naik pentas abang terus sambut seperti kebiasaan dia jumpa adik bongsu dia.
“Lagi dua orang atas pentas tu senior agency manager juga tapi mereka tak perasan saya.
Tu yang mereka terkejut tiba-tiba abang peluk saya atas pentas. Salah seorang pengurus tu sampai melompat sebab terperanjat, tapi memang dia bergurau saja.
“Tetamu lain saya tak pasti pula apa respons mereka sebab ada yang tahu, ada juga yang tak tahu kami adik beradik. Dalam dewan tu memang dipenuhi dengan ejen seluruh Malaysia,” kata Aimi yang kini menetap di Kepong, Kuala Lumpur.
Mengenai video yang dimuat naik sehingga meraih lebih 1.5 juta jumlah tontonan di TikTok, ia telah dihujani pelbagai komen netizen.
Aimi memenangi beberapa anugerah pada majlis tersebut.
Rata-rata daripada mereka memberikan komen berbentuk gurauan malah ada juga yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku.
“Lari VIP tu takut kena salam.
“Takut dia (VIP) kena cium juga.
“Ini yang dinamakan Megah Holdings. Tahniah anak papa. Terkejut VIP lain. Tak adalah gurau saja,” kata netizen di ruangan komen.
Jelas Aimi yang merupakan anak bongsu dari empat beradik, kejayaan dicapai pada malam tersebut merupakan berkat usaha dan dedikasinya sejak zaman pandemik lagi.
Majlis dihadiri lebih 2000 ejen pada malam tersebut.
“Lepas saja-saja kongsi video tu tak sangka pula viral. Saya baca komen ada yang tertanya-tanya siapa VIP tu siap ada buat andaian sendiri, kata itu suami, bapa… ada yang kata bisnes kroni. Tapi ada juga yang kenal saya dan mereka terangkan lelaki tu ahli keluarga saya.
“Tapi saya berjaya capai ini semua bukanlah sebab abang-abang saya yang bagi sales, semuanya hasil usaha sendiri approach kawan-kawan doktor, kenalan dan stranger.
Tapi tak dinafikan abang-abang saya memang mentor dan guide saya hingga berjaya,” ujar Aimi.
mStar
2 thoughts on “Selamba Salam dan Laga² Pipi dgn Penyampai Anugerah Atas Pentas, Tindakkan Wanita ini Jadi Perbualan Netizen”