Biasanya bila petugas kebersihan datang memungut sampah, kita faham akan hadirnya sedikit bunyi bising dan bau yang tak menyenangkan.

Tapi itu lumrah – tugas mereka penting demi menjaga kebersihan kawasan kita semua. Sepatutnya kita lebih bertolak ansur dan menghormati pekerjaan mulia ini.

Namun, satu insiden tular di TikTok benar-benar mengejutkan ramai.


🚛 “Awat Hang Berenti Sini?!”

Dalam rakaman yang dimuat naik oleh @shaharizalrizalabdullah, seorang wanita dilihat menjerit dan memaki petugas kebersihan, hanya kerana lori sampah berhenti sebentar di hadapan rumahnya.

Bukan setakat jerit, dia mengangkat sebatang kayu panjang, lalu menghalaunya dengan kasar sambil melontarkan kata-kata keras:

“Hang berambus dari sini! Jangan dok berenti depan rumah aku lagi!”

Pemandu lori cuba menjelaskan dengan tenang — mereka cuma singgah sekejap untuk kutip sampah di rumah tersebut, sebelum ke rumah seterusnya. Tapi wanita itu masih tak mahu dengar, malah marah-marah sambil minta nombor plat lori dirakam.


😰 Pekerja Terpinga, Netizen Geram

Situasi tegang itu buat beberapa petugas pembersihan terpinga-pinga, kerana tidak tahu apa sebenarnya yang membuat wanita itu mengamuk. Rakaman tersebut tular dengan ribuan tontonan, mengundang pelbagai reaksi netizen:

“Sampai hati maki orang tengah cari rezeki halal.”

“Dia ingat rumah dia atas bulan ke? Sampah sendiri pun tak boleh nak bertolak ansur.”

“Dahla angkat kayu macam nak pukul… takut siot.”


📌 Tak Dapat Dipastikan Punca Sebenar

Sehingga kini, tidak diketahui punca sebenar wanita tersebut bertindak sebegitu. Namun jelas sekali, tindakan agresif dan kasar seperti itu tidak wajar sama sekali, lebih-lebih lagi terhadap pekerja yang menjalankan tugas penting untuk komuniti.


Gila itu banyak jenis dan kategori… Memang gila ahhh, komen pemuat naik, menggambarkan betapa mengejutkannya kejadian tersebut.

🎥 Tonton rakaman penuh di TikTok:
🔗 Klik sini


💬 Hormati Mereka, Walau Sekadar Pengutip Sampah

Kadang kala, nilai kemanusiaan bukan terletak pada pendidikan atau status – tapi pada adab kita menghormati orang lain. Mereka bukan sampah… mereka kutip sampah kita.