Kemenangan ke atas Laos bukan sahaja menghidupkan semula harapan Malaysia dalam saingan kelayakan, tetapi juga meniup semangat solidariti di tengah isu panas sekatan pemain warisan.
Pemain Warisan Mendapat Keizinan

Kelab bolasepak Hector, Hidalgo dan Imanol dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa pemain warisan Malaysia tersebut dikatakan telah diberi lampu hijau oleh Fifa untuk beraksi bersama kelabnya semula.
Jika ini benar, maka besar harapan peminat untuk melihat pemain ini beraksi untuk Malaysia tidak lama lagi.
Walaubagaimana pun, tidak buat pemain Facundo Garces apabila dokumennya masih lagi dalam proses kerana terdapat beberapa masalah yang tidak berjaya diselesaikan.
Facundo Garces tampil menjelaskan kekeliruan mengenai asal usulnya selepas satu temu bual bersama portal Sepanyol, El Correo.
Menurut Garces, kenyataan yang tular sebelum ini hanyalah berpunca daripada kesilapan transkripsi dan menegaskan beliau memang memiliki pertalian darah Malaysia melalui datuk dan neneknya.
“Ia hanyalah kesilapan transkripsi. Saya seorang rakyat Malaysia daripada keturunan datuk dan nenek dan saya cukup berbesar hati dapat beraksi untuk negara.
Terdahulu, El Correo melaporkan Garces menyebut beliau mewakili Harimau Malaya melalui pertalian darah daripada moyangnya sekali gus menimbulkan persoalan kerana syarat pemain warisan menetapkan melalui datuk atau nenek sahaja.
Sebagai rekod, Garces melakukan penampilan sulung bersama skuad kebangsaan ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun lalu.
Sambungan Ada Di Bawah Sekali
