DEK kerana pencer4ian yang berlaku di antara ibu bapa, ramai kanak-kanak terpaksa menanggung derita.
Begitulah gambaran kisah hidup seorang gadis berusia 17 tahun apabila ditinggalkan oleh bapanya sejak usia setahun selepas bercerai dengan ibunya.
Meskipun sudah lama ditinggalkan, gadis ini mengakui saban hari perasaan rindukan kasih sayang seorang bapa semakin kuat.
“Maafkan saya terlalu banyak menangis,” tulisnya di kapsyen TikTok.
Ketika dihubungi mStar, Nur Nashazleen Nabila Che Ramzul Zaman berkata sebelum mengambil keputusan untuk memuat naik video di aplikasi TikTok itu dia turut memikirkan kesannya.
Anak bongsu daripada tiga beradik ini tidak bertemu dengan bapanya sejak berusia setahun.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui sejak kebelakangan ini dia sudah tidak mampu menahan rindu terhadap bapanya sehinggakan terpaksa meluahkan isi hatinya dengan harapan bapanya akan terbuka hati untuk berjumpa dengannya.
Sehingga kini perkongsian video di aplikasi TikTok mengenai imbas semula perbualannya bersama rakan mendapat 21,000 tanda suka dan 300 komen.
“Bertahun juga saya pendam untuk tidak mahu berkongsi keperitan dan kesedihan yang saya rasai secara umum tetapi saya manusia biasa sampai satu tahap saya tak mampu untuk menahan lagi.
“Saya rindu sangat pada ayah saya. Saya dah tak larat nak menangis. Setiap kali kawan tanya tentang kehadiran ayah atau saya tengok kebahagiaan kawan bersama ayah mereka, saya rasa tersentuh sangat.
“Sebelum saya muat naik memang saya dah fikir komen negatif ataupun takut ayah marah tetapi saya rasa itu sahaja cara yang ada. Mana tahu terbuka hati satu hari nanti dia datang jumpa saya.
“Apa yang saya buat ini semua ibu saya tahu. Ibu banyak beri kata-kata semangat pada saya walaupun dia tak pernah kata setuju ataupun tidak dengan tindakan saya ini,” ujarnya.
Gadis ini berharap perkongsian video di TikTok dapat mempertemukannya dengan bapanya.
Gadis yang menetap di Kuantan, Pahang ini memberitahu sejak kecil dia bersama dua abangnya dibesarkan oleh ibu mereka dengan penuh kasih sayang dan kehidupan yang serba mencukupi.
Lebih mesra disapa Aileen, katanya, kedua-dua abangnya iaitu Che Nazurin Haikal, 20 dan Che Nazrul Hakim, 19 jarang menunjukkan rasa sedih dengan ketiadaan bapa mungkin kerana mereka lelaki dan telah menerimanya dengan rela hati.
“Dari kecil, ibu banyak berkorban dalam membesarkan kami tiga beradik. Ayah saya dah kahwin lain dan tak silap saya ada dua anak perempuan.
“Ada juga kadang saya tengok media sosial ayah. Nampak bahagia sangat dengan keluarga baharu. Alhamdulillah. Saya pun gembira tetapi janganlah lupa kami di sini,” katanya.
Setiap kali kawan tanya tentang kehadiran ayah atau saya tengok kebahagiaan kawan bersama ayah mereka, saya rasa tersentuh sangat.
NUR NASHAZLEEN NABILA CHE RAMZUL ZAMAN
Malahan, kejadian sehari sebelum sambutan hari lahirnya yang ke-17 minggu lalu sememangnya menyentuh hati Aileen..
“Cerita betul… Saya ada hantar mesej kepada ayah sehari sebelum hari jadi. Tetapi ayah saya ‘seen’ sahaja.
“Saya pun fikir yang baik saja mungkin dia sibuk tetapi beberapa hari lepas tu ayah saya muat naik gambar di WhatsApp status sambut hari jadi dengan anak tirinya. Sedih rasa hati ini,” ujarnya lagi.
Luahan Aileen menerusi video TikTok.
Ibu Aileen yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Hedayu, 38, enggan memberi sebarang komen, namun dia berdoa agar hajat anaknya untuk bertemu bapanya tercapai.
Dari kecil sehingga sekarang ibu tunggal ini membesarkan tiga anaknya dengan bekerja sebagai jurujual kereta di Kuantan.
Tambah Aileen, dia tidak mengharapkan wang bapanya tetapi lebih kepada mahu melepaskan rindu dan dahagakan kasih sayangnya sahaja.
“Tahun ini InsyaAllah saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya harap sangat dapat berjumpa ayah untuk dapat keberkatan,” katanya.
Sumber: mStar
Would you be all in favour of exchanging hyperlinks?
You made some respectable factors there. I regarded on the internet for the problem and found most people will associate with along with your website.
very good put up, i actually love this web site, keep on it
Once I originally commented I clicked the -Notify me when new feedback are added- checkbox and now every time a remark is added I get 4 emails with the identical comment. Is there any manner you may take away me from that service? Thanks!
I discovered your blog site on google and verify just a few of your early posts. Proceed to maintain up the excellent operate. I just additional up your RSS feed to my MSN News Reader. Seeking forward to reading extra from you in a while!?
There are some interesting deadlines on this article but I don抰 know if I see all of them heart to heart. There may be some validity however I will take hold opinion till I look into it further. Good article , thanks and we wish extra! Added to FeedBurner as effectively
very nice post, i certainly love this website, carry on it
A powerful share, I just given this onto a colleague who was doing somewhat evaluation on this. And he the truth is bought me breakfast because I found it for him.. smile. So let me reword that: Thnx for the deal with! However yeah Thnkx for spending the time to discuss this, I really feel strongly about it and love reading extra on this topic. If doable, as you grow to be expertise, would you mind updating your blog with extra details? It is highly helpful for me. Big thumb up for this weblog put up!
You need to participate in a contest for among the finest blogs on the web. I’ll suggest this web site!
I used to be very pleased to seek out this internet-site.I wished to thanks for your time for this excellent read!! I positively enjoying every little little bit of it and I have you bookmarked to take a look at new stuff you weblog post.