Trending

Ubai serius! Dah bersedia jadi suami Shila Amzah – “Tarikh kahwin masih bincang”

B4 Content

Kekasih kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mengakui dia kini dalam fasa serius untuk membawa hubungannya itu untuk peringkat yang seterusnya.

Menurut laporan mStar, influencer yang berusia 25 tahun itu memaklumkan cincin yang dibeli sebelum ini bersama Shila adalah sebagai tanda namun, tarikh perkahwinan mereka masih dalam perbincangan.

Paragraf 2

Ubai serius! Dah bersedia jadi suami Shila Amzah – “Tarikh kahwin masih bincang”

“InsyaAllah cincin itu sebagai tanda ke fasa seterusnya. Bila dah beli maksudnya lebih serius.
“Tapi tak tahu lagi tarikhnya. Masih dalam perbincangan keluarga. Ibu saya juga sekarang kurang sihat. Kita akan melalui proses ikut adat,” katanya.

Bukan itu sahaja, Ubai turut mendedahkan dia akan sentiasa menjadi pendengar yang setia buat Shila jika berhadapan dengan sebarang masalah berkaitan dengan kerja atau keluarga.

Ubai serius! Dah bersedia jadi suami Shila Amzah – “Tarikh kahwin masih bincang”

“Kalau dia stres tu selalunya berkaitan kerja atau hal keluarga. Jika ia terjadi saya akan nasihat supaya lebih tenang.
“Selalunya saya boleh nampak sendiri dia tertekan atau Shila akan bercerita sendiri kepada saya jika dia bersedia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ubai mendedahkan dia tidak akan masuk campur kemelut peribadi yang sedang berlaku dalam keluarga penyanyi yang berusia 33 tahun itu memandangkan dia adalah orang luar.

Ubai serius! Dah bersedia jadi suami Shila Amzah – “Tarikh kahwin masih bincang”

“Saya tidak masuk campur hal keluarga mereka. Kalau Shila beritahu saya akan dengar, jika enggan cerita tidak mengapa.
“Apa yang berlaku bukan tentang keluarga saya, jadi saya kurang ambil tahu,” jelasnya.

Sumber: mStar (Farol Hadi)

 

[redirect url=’https://shope.ee/AK4RLwWmQs’ sec=’4′]