Di luar nampak sempurna — berwajah manis, kewangan stabil, penyayang, malah tidak pernah culas memberi nafkah. Namun, siapa sangka di sebalik keharmonian rumah tangga, tersembunyi kisah curang yang cukup mengejutkan.
Begitulah nasib seorang suami apabila menemui mesej mencurigakan antara isterinya dengan seorang lelaki yang dipercayai rakan sepejabat. Mesej berbaur manja itu terbongkar selepas si suami meneliti telefon isterinya.
Lebih memeranjatkan, wanita itu dikatakan menggunakan nama samaran “Lala” ketika menyimpan nombor lelaki berkenaan — kononnya bagi mengaburi mata suami. Namun rahsia tidak kekal lama apabila si suami menemui perbualan panas antara keduanya.
Antara mesej yang tular, wanita itu dikatakan menulis:
“Saya nak ajak awak dalam kereta… bukan takut, tapi kenalah fikir tempat sesuai.”
Netizen nyata terkejut dengan pendedahan itu yang dikongsikan di aplikasi Threads. Rata-rata menyifatkan wanita terbabit terlalu berani dan licik dalam menyembunyikan kecurangannya.
Menurut si suami, dia langsung tidak menyangka isterinya sanggup mengajak lelaki berstatus suami orang untuk melakukan perkara terlarang di dalam kereta.
“Selama ini saya percayakan dia. Tak sangka orang yang tidur sebantal dengan saya boleh ada hati dengan orang lain,” katanya kecewa.
Kes ini mencetuskan perbualan hangat di media sosial, dengan ramai menasihatkan agar pasangan suami isteri lebih berhati-hati dalam menjaga batas dan kepercayaan.

