Ini Respon TMJ Berhubung Isu Hukuman FIFA

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) memberi respon keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman yang dikenakan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara.

“FAM dah ikut proses dan kerjasama dengan FIFA dan Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now?

“Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?

“Lagi 1 persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab-sebab keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai.

“Saya berharap FAM akan membuat rayuan sebaik mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara.

“Tak kan kita takut dan nak tunduk dgn individu-individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar,”tulis baginda.

โ€œApa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?,โ€ katanya di X.

Dalam hantaran itu, TMJ turut berkongsi surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang mengesahkan pemain terbabit menjalani dan mematuhi prosedur sah untuk memperoleh kewarganegaraan sekali gus layak mewakili Harimau Malaya.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini menegaskan bahawa gambaran yang diberikan dalam keputusan FIFA adalah tidak tepat. Dakwaan bahawa pemain โ€œmemperoleh atau mengetahui mengenai dokumen palsuโ€ adalah tidak berasas kerana tiada bukti kukuh dikemukakan setakat ini.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kesilapan yang berlaku berpunca daripada wrong submission iaitu ralat pentadbiran (administrative error), apabila seorang kakitangan tersilap memuat naik dokumen daripada ejen dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Rayuan rasmi kini sedang disediakan dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia.

FAM akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung kesimpulan ini, dan kekal komited mempertahankan integriti bola sepak negara berdasarkan fakta serta dokumen sahih.