Tunjuk Aktiviti Bilal
Hampir tiga bulan menimang cahaya mata sulung, sememangnya ramai yang tidak sabar melihat wajah anak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal.
Meskipun tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, namun Neelofa tidak lokek berkongsikan perkembangan terbaru Bilal buat pada peminat.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Memetik mStar Online, Neelofa berkata anak kecilnya itu umpama jam penggera dalam masa memudahkan urusannya untuk beribadah di waktu malam sepanjang bulan mulia ini.
“Menjaga anak kecil ini bagaikan alarm clock buat ibu apabila dia terjaga malam untuk menyusu atau sebagainya. Jadi lebih mudah untuk saya bangun sahur atau lebihkan masa beribadah di tengah malam.
“Sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, saya manfaatkan waktu ini sebaik mungkin untuk tingkatkan amalan,” katanya.
Berkongsikan mengenai kerjayanya selepas bergelar ibu, Neelofa berkata dia akan memilih tawaran yang sesuai dengan waktu dan statusnya kini sebagai seorang ibu.
“Saya akan terima tawaran kerja yang mana dirasakan sesuai sebab sekarang ada tanggungjawab terhadap keluarga.
“Siapa yang perlu perntukan masa sebaik mungkin untuk kerja dan tugas di rumah.
Sebagai ibu saya kena tahu bila waktu sesuai untuk keluar bekerja supaya tak abaikan tanggungjawab terhadap anak dan keluarga,” katanya.