Ini Respon TMJ Berhubung Isu Hukuman FIFA

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) memberi respon keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman yang dikenakan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara.

“FAM dah ikut proses dan kerjasama dengan FIFA dan Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now?

“Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?

“Lagi 1 persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab-sebab keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai.

“Who was in New York? Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara.

“Tak kan kita takut dan nak tunduk dgn individu-individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar,”tulis baginda.

โ€œApa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?,โ€ katanya di X.

Dalam hantaran itu, TMJ turut berkongsi surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang mengesahkan pemain terbabit menjalani dan mematuhi prosedur sah untuk memperoleh kewarganegaraan sekali gus layak mewakili Harimau Malaya.

FAM didapati menyerahkan dokumen dipalsukan ketika membuat semakan kelayakan dengan FIFA bagi membolehkan tujuh pemain diturunkan dalam aksi menentang Vietnam pada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027, 10 Jun lalu.

Perlawanan itu berkesudahan Malaysia membelasah Vietnam 4-0.