Trending

Pengarah Azmi Hatta Tidak Mahu Jumpa Anaknya Selagi x-Wife, Elly Mazlein Masih Berperangai Lama

Pengarah Azmi Hatta menegaskan untuk tidak berjumpa dengan anaknya Putri Sara Sefhia selagi bek4s isterinya, Elly Mazlein tidak berubah sikapb.

Azmi Hatta atau nama sebenarnya Azmi Mohd Hata,41, akui sudah lama tidak bertemu anaknya dan berharap agar dia dan Elly segera berdamai.

Sementara itu, Azmi memberitahu kekasihnya Faye Kusairi bukan orang ketiga dalam rumahtangga mereka sebelum ini.

Malah ada yang mengatakan ianya punca utama perceraiannya juga selama ini adalah kerana sikap cemburv buta Elly.

“Elly seorang wanita yang kuat dengan sikap cemburv. Sesiapa sahaja wanita atau artis yang bekerjasama dengan saya pasti saya dituduh curang.”

“Kami bertengkar kerana sikap cemburu butanya sehingga baju saya ditarik sampai koyak.

Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan pelakon Nelydia,” jelasnya.

Azmi menceraikan isterinya ketika sedang hamil pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang selepas 11 bulan berumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak, perempuan yang lahir pada 9 Mac lalu.

Sumber : Gem pak / MediamaIaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih