Seorang pelakon wanita terkenal Hollywood dilaporkan mula menyuarakan rasa kecewa selepas tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon filem arus perdana.
Menurut sumber terdekat, beliau mengakui berdepan kesukaran untuk kembali aktif dalam industri seni selepas beberapa tahun dibayangi kontroversi yang menggemparkan dunia hiburan.
Lebih mengejutkan, aktres itu dikhabarkan sedang mempertimbangkan untuk berhijrah ke luar negara selepas dikatakan menerima tawaran daripada penerbit filem dewasa antarabangsa.
Walaupun tiada pengesahan rasmi, spekulasi ini cukup untuk mengejutkan peminat yang mengenali bintang tersebut sejak era kegemilangannya dahulu.
“Saya rasa dunia sudah menolak saya. Industri ini kejam dan mereka tidak pernah lupa walaupun anda cuba berubah,” katanya dalam satu temubual.
Dari Bintang Utama ke Bahan Kritikan Media
Suatu ketika dahulu, beliau merupakan antara wajah paling dikenali dalam industri filem antarabangsa. Pernah membintangi beberapa francais blockbuster dan menjadi ikon di karpet merah, kejatuhan kariernya berlaku secara drastik selepas terpalit dalam pertikaian besar dengan bekas suami yang juga seorang pelakon popular dunia.
Kontroversi yang memuncak itu bukan sahaja melibatkan isu rumah tangga, malah turut menarik perhatian mahkamah dan liputan media global selama bertahun-tahun.
Akibatnya, ramai penerbit dan syarikat produksi mula menjauhkan diri atas faktor reputasi dan reaksi masyarakat.
Kini Mahu Bangkit Cara Berbeza?
Walaupun berdepan kecaman dan sindiran, pelakon berkenaan dilihat tetap enggan mengalah. Sumber rapat mendakwa beliau kini sedang mencari ruang baru dalam dunia hiburan — biarpun jalannya bukan lagi seperti dahulu.
“Apa yang tinggal padanya kini hanyalah keberanian dan peluang kedua. Soal apa jenis tawaran sekalipun, dia hanya mahu hidup dan berkarya,” ujar seorang kenalan industri.
Untuk rekod, pelakon wanita ini sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi besar dengan bekas suaminya yang juga pelakon terkenal Hollywood.
Nama mereka menjadi sebutan ramai ketika kes saman fitnah dan penderaan domestik berlangsung secara terbuka, sekaligus menamatkan kerjaya mereka di banyak platform utama.