Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim berasakan ada kepincangan dalam pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Ia dilihat telag menjadi penyebab kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengambil keputusan meninggalkan badan induk itu.
Roslin juga mempersoalkan mengapa bekas ketua jurulatih wanita negara, Chan Chong Meng meletakkan jawatan selepas hanya 18 bulan bersama BAM.
“Chong Meng masuk ke dalam BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita. Fikirlah tak sampai dua tahun dia letak jawatan.
“Dalam pada waktu itu Chong Meng berjaya membentuk beregu wanita negara.
Sekarang ini Zii Jia pula. Jadi saya rasa memang perlu siasat perkara ini,” katanya.
Sementara itu bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim turut menyarankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneliti sama ada wujud kemelut dalaman dalam BAM sehingga mendorong Zii Jia bertindak meninggalkan BAM.
Jika tiada tindakan segera dilakukan, BAM dikhuatiri akan kehilangan lebih ramai pemainnya.
Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 ketika ini menghuni ranking ketujuh dunia menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM pada 11 Januari lalu.
Jangan bagi muka, ambil tindakn” Datuk Rashid Sidek bengang dengan keputusan yang diambil Zii Jia
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) digesa untuk tidak memberi muka kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang membuat keputusan untuk meninggalkan badan induk itu.
Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, berkata BAM perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemain berusia 23 tahun berkenaan bagi mengelak ia menjadi ikutan pemain yang lain.
“BAM ada kuasa untuk ambil tindakan, kalau perlu kenakan hukuman gantung tidak boleh menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh tertentu, BAM kena buat.
“Jika BAM masih bertolak ansur, saya bimbang selepas ini lebih ramai pemain yang akan bertindak meninggalkan badan induk itu.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku sehingga menjadi budaya.
Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek. – Foto fail NSTP
“BAM perlu tegas dengan keputusan mereka, jika tidak orang tidak akan hormat BAM sebagai persatuan yang bertanggungjawab terhadap sukan badminton di negara ini,” kata Rashid kepada BH Sukan.
Semalam, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan badan induk itu ada menerima surat peletakan jawatan daripada Zii Jia pada 11 Januari lalu.
Bagaimanapun, keputusan sama ada BAM menerima atau sebaliknya peletakan jawatan berkenaan hanya akan diumumkan Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos pada Jumaat ini.
BAM mempunyai kuasa untuk menggantung Zii Jia daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa jika dia meninggalkan badan induk berkenaan.
Apatah lagi dia dilihat sebagai aset negara dan banyak pelaburan sudah dibuat ke atas dirinya.
Bagaimanapun, BAM juga sebelum ini turut mengambil pendekatan bertolak ansur dan membenarkan pemain bergerak secara profesional.
Mengulas lanjut, Rashid yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 mengingatkan juara Seluruh England 2021 itu agar tidak lupa daratan selepas pelaburan besar dilakukan BAM ke atas dirinya sejak peringkat remaja lagi.
“Dulu bila dia masih di bawah, siapa yang jaga dia?
Bila sekarang sudah berada di atas, jangan pula cakap yang dia bagus sebab diri sendiri.
“Dia kena ingat siapa rakan sepelatih dia, jurulatih dia, di mana dia tinggal dan makan minum dia siapa yang jaga.
“Kalau duit menjadi masalah utama, saya percaya perkara ini boleh dibawa berbincang bersama BAM.
Lagipun, dia tidak boleh bandingkan apa yang dia dapat dengan apa yang Datuk Lee Chong Wei (bekas jaguh perseorangan lelaki negara) ketika bergelar pemain.
“Chong Wei mendapat keistimewaan daripada BAM selepas dia meraih pelbagai kejuaraan selain memegang status sebagai pemain nombor satu dunia untuk tempoh beberapa tahun.
Zii Jia pula, kerjayanya baru mahu bermula dan baru ada dua atau tiga kejuaraan.
“Jika mahu keistimewaan seperti Chong Wei, dia perlu buktikan dulu kredibilitinya,” katanya.
Sumber: HM / BH / kakijaIan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
relax