Trending

“Terlebih jantan ni jat..” Tertidur Sambil Berdengkur, Ramai Terhibur Lihat Reaksi Sajat Masa Tersedar

B4 Content

Sejak awal pagi tadi, ramai warga TikTok sibuk berkongsi ‘sesi tidur’ siaran langsung bersama personaliti media sosial dan usahawan kontroversi, Nur Sajat di platform tersebut.

Difahamkan, video memaparkan  Sajat sedang ‘enak’ dibuai mimpi sewaktu bersiaran langsung sebenarnya disebabkan dia lupa untuk menekan ‘butang’ end live sesi bersama pengikut TikToknya.

Paragraf 2

Perkongsian itu membuat ramai meluahkan kelucuan apabila melihat gelagat Sajat tidur kerana dia tidak pernah mengecewakan pengikut TikTok terutama ada sahaja lawak jenaka spontan dibuatnya.

Malah, ada juga mengatakan dengkuran Sajat itu tetap menunjukkan dia seorang lelaki walaupun dia berpenampilan seperti wanita. Tidak kurang juga ada yang menyamakan dengkuran Sajat seperti suami masinh-masing.

 

Sementara itu, ada netizen mempersoalkan bagaimana Sajat menamatkan sesi siaran langsung di TikTok memandangkan dia sedang ‘asyik’ dibuai mimpi.

 

Selain itu, masing-masing teruja apabila konten Sajat tidur bersahaja pun mendapat sambutan menggalakkan iaitu sebanyak 3,000 pengikut.

Netizen juga berharap agar Sajat tidak terkejut dan marah apabila mendapat tahu video tidur berdengkur dia itu tersebar di media sosial.

Sumber: TikTok @rolexnotforex