Seorang lelaki menangis lepas menangkap isterinya dalam keadaan anpa seurat benang bersama lelaki lain di atas katil di dalam rumah mereka.
Lelaki yang dikenali sebagai Redzuan itu melihat sendiri keadaan isterinya ketika menyerbu rumah kekasih gelap wanita berkenaan.
Tidak berseorangan, dia melakukan serbuan bersama empat individu lain kira-kira pukul 4 petang pada Selasa lalu.
Lebih menyedihkan skandal wanita tersebut yang berusia 40 tahun sudah beristeri dan mempunyai dua anak
Sedangkan isteri kepada Redzuan adalah lebih muda dan hanya berusia 34 tahun.
Usai yakin akan keberadaan si isteri dan skandalnya, rakan Redzuan, Faisal Umar berkata, pihaknya memecahkan pintu depan rumah yang dikunci.
โPintu bilik juga dipecahkan dan kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan telanjang di dalam bilik,โ jelasnya kepada wartawan.
Terkejut akan keadaan, Redzuan kemudian menangis ketika melihat keadaan isterinya dengan lelaki lain di dalam bilik tersebut.
Pasangan curang itu kemudian ditangkap oleh penduduk sebelum dibawa ke pejabat polis.
โRedzuan sudah curiga tentang ini (isterinya curang) sejak dulu lagi, tapi tiada buktiโ kata Faisal.
