SEJAK kes dera membabitkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun menjadi tular, ramai pihak mula mempersoalkan punca sebenar perlakuan tidak berperikemanusiaan pendera itu.
Perlakuan suspek yang merupakan pasangan suami isteri bertindak kejam memukul mangsa yang berstatus anak angkat dengan pelbagai objek.
Ia termasuk dilakukan menggunakan penyapu dan penyangkut baju meruntun jiwa masyarakat yang mempunyai hati dan perasaan.
Aqil mendakwa kekerasan dilakukan terhadap mangsa setiap kali tibanya waktu makan.
Laporan itu akhirnya membawa kepada penahanan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak empat tahun yang dipercayai dipukul dengan penyangkut baju, batang penyapu dan dicucuh dengan pemetik api.
Pasangan itu merupakan seorang wanita tempatan dan lelaki warga Singapura berusia dalam lingkungan 28 tahun hingga 30-an.
Sementara itu tambah Aqil yang memiliki lebih 1.1 juta pengikut di TikTok, sepanjang pemerhatiannya suspek sering bertindak kasar terhadap mangsa setiap kali tibanya waktu makan.
Dakwa Aqil, suspek akan memaksa mangsa untuk makan makanan dalam jumlah yang banyak seperti orang dewasa.
“Dia akan bagi mangsa makan hidangan sama seperti kami makan. Kalau menu pada hari tu yang pedas-pedas seperti kari ayam, kanak-kanak itu pun dipaksa makan.
“Si pelaku cakap kononnya tindakan dia ni untuk gemukkan mangsa kerana sewaktu diambil daripada ibu kandungnya, budak ni kurus.
“Tapi macam tak logik budak umur empat tahun tak diberi susu tapi diberi makan makanan orang dewasa dengan kuantiti besar.
“Setiap kali waktu makan, ketika itulah mangsa dipukul kerana dipaksa telan makanan. Apabila makanan tu tak habis suspek akan pukul,” katanya.
Menjawab kepada persoalan ramai mengapa mereka mengambil masa yang lama sebelum melaporkan kepada polis, Aqil berkata dia perlu mengumpul bukti sebelum bertindak.
Kelihatan kesan lebam dipercayai akibat dipukul pada anggota badan mangsa.
“Kalau kami ambil tindakan tanpa bukti pun polis tak akan percaya. Jadi kami cuba sedaya upaya dapatkan bukti yang kukuh dan jelas untuk diberikan pada pihak polis.
“Saya baru saja dapat rakam video tu secara senyap-senyap. Si pelaku tak tahu pun saya rekod sebab saya pura-pura tengah minum air sambil rakam.
“Apabila dah dapat bahan bukti kami pun berpakat untuk ambil tindakan sebab dah tak sanggup tengok mangsa terseksa macam ni,” katanya.
Untuk rekod pasangan itu direman tujuh hari sehingga 28 Julai ini untuk disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me?
Do you mind if I quote a couple of your articles as long asI provide credit and sources back to your website?My blog site is in the very same niche as yours and my users would certainly benefit from some of the information you present here.Please let me know if this okay with you. Thanks!