Trending

Lama Berdiam Diri, Akhirnya Fizo Tempelak Cara Mawar Tuduh Dia Abaikan Maryam

B4 Content

Selepas didakwa mengabaikan anaknya ketika bercuti di Johor Bahru baru-baru ini, pelakon Fizo Omar akhirnya memberikan respon.

Paragraf 2

Ianya berkaitan dan berhubung dengan kenyataan bekas isterinya yang juga usahawan, Mawar Karim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Fizo berkata, dia sedar warganet di media sosial bercakap mengenai perkara tersebut namun berterima kasih atas pandangan serta nasihat yang diberikan.

“Saya maafkan dia dan mohon netizen tidak menghentam dan terus menghukum dia, mungkin kerana terlalu beremosi,” kongsinya.

Malah, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu memaklumkan hubungan anaknya yang berusia lima tahun itu dengan isterinya Fazeera Nazri Aziz sangat rapat.

“Sebagai bapa, saya tidak akan abaikan anak sendiri sedangkan Maryam sangat rapat dengan saya. Saya nak ke tandas pun dia nak ikut saya.

“Dia juga sangat rapat dengan isteri saya, Fazeera Nazri Aziz yang dipanggil sebagai ummi.

“Jadi benda ini pun memang tak maksud akal dan itu pandangan dia, apapun janganlah terus menghentam dia,” ujarnya.

Terdahulu, isu berlaku selepas Mawar memuat naik sekeping foto di InstaStory yang diterima daripada seorang individu.

Ia telah memaparkan Maryam berdiri bersendirian di lokasi percutian tersebut.

Tak logik tinggalkan Maryam sendiri

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instagram Fizo Omar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *