Kulit lembu atau belulang aku sifatkan sebagai makanan eksotik yang sedap. Rupanya yang kenyal seakan jeli namun rasanya seakan perut lembu menjadikan belulang antara masakan eksotik yang enak dan mendapat permintaan yang tinggi.
Bunyinya mungkin kedengaran agak janggal, namun bagi masyarakat Jawa khususnya..kulit lembu atau belulang atau juga dikenali sebangai jangek sudah menjadi makanan tradisi mereka.
Bagi aku sendiri, walaupun bukanlah berketurunan jawa namun aku mula mengenali belulang sejak kecil memandangkan arwah atok sendiri adalah tauke kerbau.
Namun, aku tak pernah tahu bagaimana proses menjadikan kulit lembu ini sebagai belulang sehinggalah aku ke Banghuris Homestay, Sepang dan dibawa untuk melihat sendiri bagaimana proses membuat belulang dijalankan.
Proses Yang Rumit Bagi Menghasilkan Belulang
Tidak semudah menyediakan masakan, proses membuat belulang sangatlah rumit hingga mengambil masa berbulan lamanya.
Manakan tidak, proses menjadikan kulit lembu sebagai belulang perlu dimulakan dengan menjemur.
Buat pengetahuan, kulit lembu yang telah siap dilapah akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum ianya dijemur selama 3 bulan.
Selepas dijemur, kulit-kulit lembu tersebut akan dibakar sehingga betul-betul hitam dan tidak keterlaluan jika aku menggunakan perkataan rentung.
Proses ini adalah bertujuan untuk membuang segala bulu-bulu lembu yang masih bersisa di kulit yang telah dijemur selama 3 bulan.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.