Lima Jam Berlutut, Tiada Air & Dihalang Jumpa Peguam

Situasi tegang melibatkan 331 sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF) kini menimbulkan kebimbangan besar di peringkat antarabangsa selepas laporan mendakwa mereka diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan semasa dalam tahanan pihak berkuasa.

Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel, (ADALAH) mendedahkan bahawa kumpulan kemanusiaan yang dalam misi menuju ke Gaza itu bukan sahaja ditahan tanpa sebarang rundingan undang-undang, malah dinafikan keperluan asas seperti air, makanan, dan ubat-ubatan.


Lima Jam Berlutut Dengan Tangan Dihikat

Menurut laporan terperinci yang dikeluarkan oleh ADALAH, semua tahanan dipaksa berlutut dengan tangan diikat menggunakan tali plastik (โ€œzip tieโ€) selama lebih lima jam.
Insiden itu berlaku selepas mereka melaungkan slogan โ€œBebaskan Palestinโ€ ketika proses penahanan berlangsung.

Beberapa saksi dalam kalangan sukarelawan menyatakan bahawa walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang bentuk tentangan, pihak keselamatan tetap memperlakukan mereka seolah-olah penjenayah berbahaya. Mereka diarahkan tunduk, dilarang bersuara dan diancam dengan kekerasan sekiranya cuba bersuara.


Dinafikan Hak Undang-Undang & Akses Asas

Lebih mengejutkan, menurut kenyataan rasmi ADALAH, peguam mereka pada awalnya tidak dibenarkan langsung berjumpa tahanan.
Hanya selepas menunggu beberapa jam, barulah pihak berkuasa membenarkan pertemuan ringkas โ€” itu pun dalam keadaan dikawal ketat dan tanpa privasi.

Sepanjang tempoh penahanan itu, tiada air minuman, tiada akses perubatan, tiada makanan mencukupi, malah beberapa tahanan wanita dilaporkan mengalami simptom dehidrasi dan tekanan emosi akibat layanan kasar tersebut.


Misi Kemanusiaan Jadi โ€˜Mimpi Burukโ€™

GSF merupakan sebuah misi kemanusiaan antarabangsa yang menghimpunkan aktivis dari pelbagai negara untuk menghantar bantuan ke Gaza. Misi itu membawa harapan dan solidariti terhadap rakyat Palestin yang sekian lama terhimpit di bawah sekatan.

Namun, apa yang sepatutnya menjadi perjalanan aman bertukar menjadi mimpi buruk apabila kapal mereka dipintas dan semua sukarelawan ditahan.


Kecaman Antarabangsa Semakin Meningkat

Beberapa pertubuhan hak asasi kini menuntut siasatan segera terhadap cara layanan ke atas tahanan misi GSF.
Pihak antarabangsa menyifatkan tindakan itu sebagai pencabulan jelas terhadap hak asasi manusia dan prinsip kemanusiaan sejagat.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi lanjut daripada pihak berkuasa penahan, tekanan diplomatik kini meningkat โ€” terutama selepas pendedahan bahawa ratusan aktivis ditahan tanpa komunikasi, tanpa akses undang-undang, dan dalam keadaan yang melanggar standard tahanan antarabangsa.


Harapan Masih Ada

Menurut sumber ADALAH, peguam kini sedang mengumpul bukti serta testimoni bagi mengemukakan tuntutan rasmi berhubung pencabulan hak tahanan.

Namun, buat masa ini, nasib 331 sukarelawan tersebut masih belum diketahui sepenuhnya. Ada yang dilapor sudah dipindahkan ke lokasi lain, manakala sebahagian besar masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Gambar dan Video Di Bawah Sekali