Keluarga

SY HAMIL, KAKAK IPAR BERIA SURUH SY MKN DURIAN TP BILA ADIKNYA SENDIRI HAMIL DIHALANG PULA MKN DURIAN. HATI SY RASA LAIN MCM

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Saya berkahwin sudah hampir 5 tahun. Saya berkahwin atas permintaan arwh mertua. Awal perkahwinan suami tinggal dengan kakak beliau yang masih bujang. Saya dan suami bersetuju untuk tinggal berasingan memandangkan saya ada rumah sendiri.

Suami saya sangat sayang kakak dia jadi bila ibu mertua mngl kami berbincang dan setuju suami jaga kakak dia kerana kakak sulung umpama pengganti ibu. Ayah suami adik bongsu yg jaga sebab arwh emak mertua pesan adik jaga ayah.

Jadi suami tiap-tiap bulan bayar RM500 dan duit makan minum kakaknya. Saya diberikan nafkah 500 kerana masih berkerja. Tapi semua berubah ketika saya mengandung.

Awal-awal mengandung kebetulan adik ipar pun mengandung. Satu hari ketika dirumah kakak ipar semua adik beradik ipar berkumpul mereka bawa durian.

Kakak ipar saya beria2 menyuruh saya makan durian, Tapi bila adik dia yang sama mengandung datang kedapur dipesan jangan makan durian tu sebab tengah mengandung, Saya terpinga-pinga sambil gosok perut sebab saya pun mengandung. Mula hari itu hati saya rasa tak sedap.

Hari berganti saya bersalin dan berpantang di rumah kakak ipar, Suami saya bersangka bila berpantang di rumah kakak adalah yang menjaga walau kakak dia bekerja. Sekurang-kurang waktu malam bila suami kerja shift malam ada yang jaga.

Tapi semua itu tidak terjadi, malahan makan, jaga anak, pakaian semua saya urus sendiri. Pernah satu malam suami shift malam anak kecil saya menangis sepanjang malam dan saya nyaris-nyaris mencampakkan anak saya sebab meroyan, mujur saya tersedar dan istighfar.

Kakak ipar saya dibilik sebelah langsung tak peduli. Malahan keesokan pagi dia kata ada dengar budak nangis tapi lupa yang dalam rumah ada budak kecil. Saya yang dalam pantang rasa sangat sedih. Kakak ipar ni secara terang memang lebih sayangkan anak adik perempuan dia.

Sekolah ditanggung, susu, pampers semua la senang cerita. Malah suami beli susu mahal untuk anak saya pun disuruh tukar susu. Dalam hati saya kata bukan kakak ipar yang tanggung kami.

Pada ketika anak saya berusia 3 bulan suami saya eksidn motor. Saya ambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga suami di hspital. Anak saya diawal minggu adik ipar minta untuk jaga sebab dia belum kawin.

Satu hari adik ipar bawa anak ke hspital dia drive dari utara ke Kuala Lumpur. Bila saya ambil anak saya menangis keras, saya pelik kenapa?? bila ditanya mana botol susu rupanya botol susu masih didalam stoller dan susu dah berkerak basi.

Saya terfikir sejak bila anak saya last menyusu. Lepas dibuat susu rupanya anak saya kelaparan. Saya maklumkan suami saya tak mahu adik dia jaga anak saya. Kemudian di jaga makcik dia barulah elok.

Tapi selepas 2 minggu kakak dan adik dia datang lagi ke hspital. Tapi waktu di bawah tempat menunggu kakak dia beritahu saya suruh tinggalkan suami saya biar suami jaga diri sendiri.

Saya kata tengok la keadaan suami saya mana mungkin dia boleh jaga diri sendiri. Kaki ptah dipasang besi. Kencing dan berak pun saya urus.

Kakak ipar kata biar je suami urus sendiri dan terus berlalu naik ke w4d. Saya menangis semau-maunya di situ tapi rupanya ayah mertua nampak saya. Tapi kerana jarak yang agak jauh tidak pasti ayah mertua dengar atau tak apa yang kakak ipar cakap.

Kemudian saya pun naik w4d nak ambil beg baju. Suami saya pelik dan tanya kenapa. Saya kata saya malas nak gduh dengan adik beradik dia. Mujur suami tak izin saya pergi. Sebaliknya dia suruh kakak dia yang beredar.

Tapi semua tak berakhir disitu, selang beberapa hari abang suami pula datang menyatakan hal yang sama supaya saya tak payah jaga suami saya.

Kemudian istri pakcik suami pulak menyatakan hal yang sama seolah-olah mereka bersekongkol pula. Di hari yang lain di hspital suami kata dia nak beli tongkat nanti senang nak bergerak. Kakak dia kata bagi kad bank kat dia biar dia pegang. Saya dengar cuma diam saja.

Tapi suami tak bagi pun kad bank dia. Cuma suami minta kakak dia belikan tongkat tapi pakai duit saya.

Sepanjang suami eksidn ketika tu tahun 2018 pelik sebab saudara mara belah ayah mertua tak seorang pun menziarah. Sebelah ibu mertua yang datang pakcik dan bininya tu pun ayat macam suruh saya jadi isteri derhaka.

Mujurlah adik saya banyak membantu, dari segi kewangan dan kenderaan tapi tu la adik saya stay johor. Masa suami nak discharge pun kakak ipar suruh suami naik grab padahal sepupu semua pakai kereta. Kakak ipar seolah tak mahu kami dapat atau meminta bantuan sesiapa.

Tapi Allah Maha Kaya dengan suami kaki keliling besi ķami ditumpangkan wakil insuran sampai kerumah. Sepanjang suami MC dan saya tak kerja, selain duit socso kawan-kawan suami dan adik dan kawan-kawan saya yang membantu dari segi kewangan.

Adik beradik suami langsung tak membantu. Malahan bil-bil rumah, sewa RM500 dan makan minum kakak ipar suami dan saya yang tanggung. Mana nak bayar hutang kereta dan kad kredit suami lagi. Untuk makluman saya tak ada lesen dan suami tak benarkan saya drive.

Selepas dari peristiwa di hspital memang sikap ipar duai pelik la kan. Kak ipar balik kerja bentak-bentak macam tak puas hati saya ada dirumah dia. Semua ipar seolah sengaja menunjuk-nunjuk sayang mereka pada biras saya. Sindiran-sindiran pedas dah jadi makanan saya.

Memang sekarang masih sama. Tapi Alhamdulillah lidah saya Allah tak izinkan menjawab. Maka tiadalah pernah berlaku perang mulut. Hari-hari saya menangis dalam solat. Doa saya jadi kuat untuk anak dan suami.

Rupanya bila saya slow talk dengan suami baru dia buka cerita bahawa adik beradik dia memang tak suka suami saya sebab arwh mertua sayang dia.

Dulu masa suami balik kampung dan mak dia masak atau terlebih sikit dengan suami adik beradik dia ada je yang membentak kat mak mertua.

Alhamdulillah sekarang suami dan saya dah pindah keluar dan tinggal di rumah sendiri. Suami dapat duit pampasan sokso dan insuran pun saya tak ambil walau sesen.

Cuma suami beli baju dan peralatan rumah atas kerelaan dia. Bagi kat ayah dia dan selebihnya repair kereta dan simpan. Cuma bila nak balik kampung saya susah hati. Maklumlah mntal fizikal kena kuat nak tahan peel ipar duai dan biras kan.

Tapi sebab saya fikir ayah mertua tu tanggungjawab suami. Kesian juga ayah mertua dengan perangai anak-anak dia. Bila suami minta adik dia hantar infaq ke tahfiz adalah yang kata tolong adik beradik dulu baru tolong orang luar. Dan kata-kata tu masih berterusan sekarang.

Cuma saya berkata-kata dalam hati masa saya dan suami susah dan sedang Allah uji adik beradik suami dimana? Kenapa tak tolong kami. Banyak perkara saya boleh cerita tapi sebab saya fikir orang beriman tak akan buka keaiban orang lain.

Selebihnya biarlah antara mereka dan Allah saja. Panjang lagi perjalanan hidup ini, doakan saya kuat nak hadap sikap ipar duai saya ni.

Kesian suami kalau saya bercrai sebab adik beradik dia. Suami saya baik dan jenis tak melawan. Doakan kami ye semua. Terima kasih.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Hani Ismail, Sis? Mak ayh sis ada? Masih sht? Kalau mereka x keberatan, mengapa tidak hntr shja bayi sis ke rumah mak sis? Haihh..rsau bayi kcik lg..kalau sy, mmh sy akn hntr pd org yg sy btl2 yakin utk jaga.

Tkt nk pas pd org sebarangan. Lg satu2 , dh alang2 dorg pun x reti nk hrmt awk, awk pu. X perlu lah nk buat baik sgt dgn dorg. Biase2 sudahlah..asalkn x smpai biadap.

Org yg x reti nk hrmt org ni, mknn dia kne bg setepek dua kata2 kt muka dia. Jgn la bia org pjk2 maruah sis. Org surh a awk buat a..org suruh b..awk buat b…awk ni mmg penyabar orgnya..kalau sylah..mmmm..mmg xdelah…ckupalah skali. jd pngjrn.

Anna Fie, Kita ni hentikanlah mntaliti minta bantuan orang. Kalau kita set kan minda utk independent…taknak minta bantuan orang….kita mungkin akan lebih rasa tenang.

Tak payah expect apa2 dengan orang, orang pun tak boleh nak expect lebih2 dengan kita. Mudah untuk say NO, mudah untuk walk away tanpa pkir perasaan orang yg takde kisah pun pasal perasaan kita.

Puan Salasiah, Nak jadi org yg baik x nak buka aib org.. Memang betul tp jgn lah sampai diri dihiina.. Nanti kesannya pada diri awak, anak2 dan suami.

Kalau syg rumahtangga.Tolong la ambil positif semua komen2 dari kawan2 dlm group ni.. Semuanya baik2 nak tlg awk.

Mohd Adnan, Pertama, hentikan semua elaun kepada kakak ipar tu. Dia masih bujang dan tak ada komitmen, so boleh bekerja.

Kedua, amik lesen kereta/motor/kedua-duanya. Penting sebab zaman sekarang ni semua benda nak kena cepat. Kalau asyik menunggu orang bawa mmg susah.

Ketiga, sila hibah harta anda kepada anak-anak secepat mungkin. Itu penting. Dan boleh suruh suami ambil insurance utk keluarga.

Pentingnya sebab sekiranya berlaku apa² pada TT atau suami, at least nasib kalian sekeluarga dikemudian hari lebih terjamin.

Fatin Hanisah, Apa yg dh berlaku, amik iktibar. sedar diri. Pastikan diri awak boleh berdikari jika suami takde. Amik lesen. Lidah awak jgn diam saja bila terus menerus disindir. Duit suami, duit kita juga. Tak amik sesen pun tu yg tak betul.

Zuraini Din, Kakak ipaq kerja, suami dah eksidn xkeje, ko pon dah berenti keja… Yg suami ko dok tanggung lagi kakak dia RM 500 sebulan tu, apahal? Beringat sikit kat anak tu.

Masa korang hidup lagi pon depa dah buat xtentu kat baby ko, apalagi kalau korang xde… Bukan suruh putus silaturahim, tp jauhkan diri dr family t0xic tu.

Asilah Moha, Kalau ikut cerita confessor, suami confessor nampak ok. So, tak payah fikir sangat bab2 ipar duai toksik tu. Kisah2 pahit kat masa silam boleh dikenang sebagai pengajaran tapi jangan sampai effect masa depan.

Minimumkan berjumpa atau bersembang dengan diorang. Mustahil nak elak totally sebab ayah mertua masih ada kan? Belajar drive, dapatkan kerja kalau boleh. Perempuan kena tahu berdikari. Lagi2 bila ada anak.

Marzuki Zul, Belajar memandu, berlajar berdikari. Bukakan minda suami supaya ajarkan untuk berdikari sbb suami xsentiasa akan ada di sisi. Dan kalau suami tu pandang ke depan, inshallah dia akan tunjukkan jalan.

Byk dh berlaku dpn mata, bila suami mngal, isteri tergapai2. Dtg pejabat nk tuntut harta pusaka pon mintak tolong jiran bwkkan, isikan borang, etc. Kena mula belajar.

Shida Shamimi, 1st xpyh la tt dok fikir nk minta ataupun harapkan bantuan org hatta keluarga sendiri. 2nd pls empower yourself. Belajar berdikari. Belajar drive. Bljr urus sendiri urusan keluarga kita dan jgn harapkan suami je. Ni baru suami skit.

Kalo suami ditakdirkan mngal (nquzubillah la kan) lagi haru. Tp always b prepared. 3rd psl ipar duai xpyh la peduli sgt. Sekali skala kena jgk menjawab. Bkn nk cari pasal tp just tp kena tau had n hak kt kat mana.

Hafiza Fiza, Tolong bangkit. Jangn jadi lembik, berdikari urus rumahtangga, minta dari suami, biar awak sendiri yg uruskan perbelanjaan rumahtangga, minta duit dia, jngn guna duit awak pula, bantu sikit2 dah. Suami tu dah culas bab tanggungjawab anak bini. Remind suami selalu tentang tggjwb dia.

kakak tu berkerja kan minta dia tanggung diri sendiri. Jaga adik beradik bukan bermaksud tanggung kehidupan mereka 100%, Keluar dari rumah kakak tu & pergi lawat sekali sekala je.

Sesekali tegas & beri kata putus pada suami. Yg kata suami dia x salah tu please lah, suami tu kena tegas & adil sebagai KETUA KELUARGA. kalau nak ikut cakap adik2 beradik hal urusan keluarga sendiri, U as a Husband memang lembikkk. Eh, tergeram pula aku.

Faziani Harun, Cukupla biar diri dipijak, dihina. Sebab tu mereka berani buat awk. Abaikan, jauhkan diri dari manusia t0xic tu. Fokus kehidupan bersama suami & anak je. Tak rugi apa pun. Baik camana pun kalau orang dah x suka, tetap nampak buruk.

Belajar kereta, ambik lesen. Sy dah rasa susahnya bila kita x boleh bergerak sendiri, xde pendapatan, memang akan dihina je. Syukur suami paksa sy ambik lesen, drive sendiri xde menyusahkan org dh.

Didi Elyas, patut la kakak ipar tak kahwin2 lagi,xda orang nak.x sanggup ambil buat bini.perangai dah tua pun x matang lagi..mcm bdk2.jahat bkn main..apa hak dia nak pgg kad bank adik dia?dah la tiap bln org hulur rm500.

Padahal bukan tua mana dia tu,larat lagi cari rezeki lebih.baik xpyh hulur lg la..bkn wajib pun.pergi mampus la kak ipar macam tu, perempuan low class sengkek.

Norizan Umaira, Bila perangai suami awak mcm tu la adik bradik dia ambil kesempatan..awak dah tahu org tak suka…awak pun ada duit sendiri..kenapa bergantung harap lagi dgn adik bradik suami..adik bradik awak pun membantu kan..

Saje cari pasal duduk dgn kakak ipar..adik ipar lagi buat apa..pelik..awak dan suami menjerut leher sendiri..masuk dlm keluarga mcm tu..keluar dr situ..berdikari sendiri..jaga suami…cuba bertindak tak perlu la stress.

Miza Sanusi, Jgn lembik sangat, sekali sekala tegas bila libatkan hak dan harta sendiri.. Bila perlu bersuara, keluar suara tu.. Jangan harap apa2 lagi dari belah ipar sana..

Dan cakap dekat suami buat hibah cepat2.. Masa hidup dah buat awak dengan suami macam ni, lepas suami mngal nanti silap2 tabung penuh duit seposen pun diorang tuntut kalau belum ada anak lelaki.

Sis Emi, Kita hidup jgn pernah harap sape2 tolong Kita, Kita buat baik jgn hrapkan balasan.. biar Kita berdikari dgn apa pn Cara tp jgn nyusahkan org, org xmau tlong Tu hak dia, jgn kecewa dgn jalan yg kita lalui.

Percaya Allah dh sediakan sesuatu yg baik akan dtg.. klau balik kg aggap la diorg xwujud bercakap bila perlu shj. Yg penting kita dan suami saling jujur, paham dan tau setiap perkara jd xmudah org luar nk masuk campur.. ni pendapat sy la

Hidayah Ramli, Jangan jd lembik sis…org buuli ko buuli la blk org tu xkira sapa pn..kna keraskn ati dgn org toxic mcm tu.ko kna berdikari sis bljr bwk kete,

kna ambk taw sume akaun somi apa sume sbb apa2 jd kt somi ko adk brdk die akn tepuk tgn je…jgn berlembut n fightttt nga manusia2 yg xwaras.

Hasnah Harun, Jgn m harap adik beradik n saudara mara m bantu kita bila dah berkeluarga, klu kita susah kita kena ingat org lain lg susah, anak saya belajar 2 org d uni tempatan n 2 org d luar negara.

tiada keluarga yg bantu wpun x cukup belanja, saya pun x mahu m nyusahkan mrk sbb mrk pun ada tjwb tersendiri, cuma masa tunggu result spm ada juga adik2 saya dtg tlg jg anak2,

Buat apa nak m nyalahkan org lain bila kita bermasaalah,buat sekadar yg kita mampu,allah kn ada utk kita minta pertlgan suami saya d uji dgn mcm2 penyaakit n keluar masok hosp,klu boleh jg saya jg dia d w4d,

klu ada keperluan lain serahkan pd staf hosp,suami pernah m jlni pembdahan jantung n d masokan k ccu, nurse je yg jg, x perlu kita berhenti kerja sbb masa tu kita perluukan belanja yg lebih,kita d uji m ngikut kemampuan kita,

Persefahaman antara suami isteri itu yg penting, bijak menagani masaalah bkn m nambah mcm2 lg dlm kehidupan kita, jd lah isteri yg bijak yg buat suami teruja dgn ketabahan hati kita,

Semoga dgn kebijaksanaan kita menangani keluarga m buat suami fikir 10 kali utk memilih org lain,bila cinta suami berbunga lg.

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *