Keluarga

SUAMIKU STAFF NURSE. SEDARI MLM PERTAMA TIDAK DISENTUH. AKHIRNYA JATUH TALAK 3, SLPS PUAS MINTA DILEPASKAN

Assalamualaikum semua, nama aku Izzati (bukan nama sebenar). Aku berumur 27 tahun dan bekerja sebagai pembantu pensyarah di sebuah IPTS.

Harini aku sangat bahagia kerana sudah genap 1 tahun 6 bulan aku ‘bebas’ dari dibelenggu hidup bersama lelaki laknatullah dan keluarga mentua yang kejam.

Kehidupan aku mula terperangkap dalam kegelapan apabila aku dijodohkan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak aku kenali dengan lama dan aku tidak bercinta dengan dia.

Kisah bermula pada tahun 2018,aku namakan bekas suami aku sebagai Aruwah (aku hanya tahu di sudah lama mati dalam hidup aku).

Aku sangat menyukai mak aruwah pada mulanya kerana sikap mak aruwah yang sangat peramah. Namun sebenarnya tips untuk memilih mak mentua adalah cari yang tidak terlalu ramah kerana ramahnya itu sebenarnya mulut jahat.

Malam pertama perkahwinan aku bersama sama Aruwah, aku tidak disentuh oleh Aruwah malah Aruwah siap memesan kepada aku agar aku sabar menunggu sehingga dia bersedia menerima aku.

Aku terkejut lalu terus menangis namun tidak berkata apa apa kerana aku akur dan aku sedang memikirkan sesuatu.

Dipendekkan cerita, setelah 3 bulan kami berkahwin, dan dia masih belum menyentuh aku, Allah membuka suatu kebenaran buat aku.

Suatu petang selepas Aruwah pulang dari kerja, ya terlupa, Aruwah bekerja sebagai Staff Nurse di hospital swasta, jadinya kerja dia banyak shift.

Pulang dari kerja, Aruwah tertido dan aku mengambil phone Aruwah untuk check Whatsapp sebab hati aku kuat mengatakan Aruwah ada perempuan lain.

Alangkah terkejutnya aku dan aku tidak mampu berkata apa apa selain menangis tidak henti apabila sangkkan aku betul tetapi aruwah bukan ada perempuan lain TETAPI ‘PEREMPUAN’ LAIN.

YESSS!!!! ARUWAH SUKAKAN LELAKI, Aruwah seorang ‘songsang’ ! segala WhatsApp bersayang sayang, ber baby baby, serta yang tidak senonoh seperti, “i taktahan tengok u, i rindu u, lama i tak hi*** u”. A LOTS ! Subhanallah. Apa ujian Allah buat aku.

Aku akhirnya memutuskan untuk bercerrai pada awal 3 bulan perkahwinan, tetapi Aruwah tidak mahu melepaskan aku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Aku pula bdoh sebab percaya dan memberi peluang kerana aku anggap manusia tidak lari dari membuat silap. KENAPA AKU BOD*H?? SEBAB ARUWAH BERKALI KALI TIPU AKU JUGA LEPAS PADA HARI ITU.

Setiap kali dia kantoi tipu aku, aku akan minta cerrai dan dia tetap berkata dia tidak akan cerraikan aku. Selepas hari itu, aku dah terbiasa makan hati dan aku tidak menangis lagi. Aku berserah pada takdir Allah

Bulan ke 4 , kami pindah ke Kuala Lumpur kerana Aruwah berjanji akan berubah dan dia telah pun mendapat kerja yang lebih bagus di sana. Aku hanya menurut dan waktu ni aku masih belum tahu betapa jahatnya ibu mertua aku.

2 hari aku baru sampai di KL, ibu mertua aku menyuruh adik ipar aku untuk datang ke KL dan teman aku untuk mencari kerja di sana. Tidak habis penat aku mengemas rumah lagi sebab Aruwah terus bekerja dan sepanjang aku hidup dengan Aruwah, Aruwah tidak tahu membuat apa apa kerja rumah dan hanya tahu bermain game Pubg dan ‘melayan’ kekasih laknatullah dia.

Segala makan minum, beli lauk, masak, basuh baju, kemas rumah hanya aku yang akan buat even selepas aku dapat kerja, aku akan keluar kerja 6 pagi- 7.30 malam smpai rumah.

Kalau hari Aruwah offday, dia hanya main game dan suka melaram. ‘Lelaki songsang’ NI RUPANYA SANGAT PENTING KAN PENAMPILAN DAN MULUT CEREWET SEPERTI PEREMPUAN.

Satu hari aruwah kantoi lagi dengan aku, rupanya dia bercinta dengan MA lelaki dekat tempat kerja baru.

Aku tak terkejut pun, aku hanya berkata, “KALAU U BOLEH KAHWIN DENGAN LELAKI, I BAGI KAHWIN DAH, PAPA”. Sekali lagi aku mintak dia cerraikan aku supaya dia boleh hidup dengan lelaki tu. TAKKK JUGAK dia berkeras takkan cerraikan aku.

Jadi, apa aku buat, aku cari pasal dengan bekas adik ipar aku, perempuan, aku namakan MINAH. Minah ni dia punya jahat pun level tinggi macam mak dia. Dia suka peduli duit ringgit dan hal rumah tangga aku dengan Aruwah.

Minah ni pun dah kahwin hari sama kami kahwin tapi Minah ni tak bahagia dengan suami dia sebab dia tak boleh mengandung.

Dan suami dia hari hari mintak anak tapi Minah tak bagi suami dia kahwin lain (aku ni kalau lah Aruwah nak kahwin lain, kahwin laa janji pasangan tu PEREMPUAN). Begitulah kisah Minah.

Aku block Minah dan aku bagi tahu Aruwah aku tak suka Minah masuk campur rumah tangga kita. Pastu aku bagi tahu lagi, aku juga tak suka Mak mentua aku atur kehidupan aku.

Aruwah rapat dengan adik dan maknya sebab dia kan ‘songsang’, lembut lembut gitu. Dari kecil mak dia bawak Aruwah pi zumba dengan perempuan perempuan. Jadi bila tengok perempuan, Aruwah jadi takda nafsu la. Tapi kalau tengok lelaki, hati Aruwah berbunga bunga.

Jadi, satu hari mak Aruwah datang KL dan diaorang tempah motel murah (mak aruwah tak bekerja dan bapak Aruwah kerja hari hari angkat ikan ja) sebab tak nak duduk rumah aku.

Kebetulan aku kena kerja dan Aruwah cuti, dia bagi tau aku nak pi tidur dengan mak dia. OK go lah, dia dah lah 2 malam tak jumpa aku, lepas tu dia nak tido dengan mak dia so total 3 malam dia tak jumpa aku.

Balik dari jumpa parents dia, dia termenung muka macam marah aku. Rupa rupanya Mak dia SURUH DIA PIKIR BALIK SAMPAI BILA NAK SIMPAN AKU ! (Finally plan aku berjaya).

Aku dengan selambanya cakap,

“BAGUSLAH, JOM CERAI SEBELUM I BAGITAU MAK U YANG U NI ‘LELAKI SONGSANG’.

Menyirap drah dia tapi dia taknak jugakkk wehhh cerraikan aku lagi.

(SEBAB YELAH , MANA ADA PEREMPUAN SANGGUP KAHWIN DENGAN LAKI SONGSANG. KO TAHU TAK RISIKO PENYAKIT A1DS?!!!) SO AKU NAK LARI LAA.

Tambahan, dia cakap aku bukan isteri baik sebab rumah tak reti kemas elok elok, tandas cuci tak bersih dan macam macam. ALAHHHH SO LETS CERRAI JELAH aku jerit.

3 hari berlalu dia siksa aku. Aku drive pergi mahkamah nak tuntut fasakh tapi lama oiiii setahun tak settle. Aku balik dengan sedih hati lepas tu bertambah sedih aku dapat tahu ayah aku sakit then masuk 0peration tak berjaya (Alhamdulillah sekarang dah sihat).

Pagi esok hari, aku nekad, aku mesti bercerrai, Ya Allah bantulah aku.

Finally, Aruwah ceraikan aku dengan talak 3. Tapi diluar mahkamah, jadi kena balik kampung halaman untuk ke mahkamah. Selepas lafaz, aku tolong hantarkan semua barang aruwah dekat tempat baru dia sebab kereta tu milik aku, dia ada motor ja.

Last aku pesan, JANGAN PERNAH CARI PEREMPUAN LAGI JIKA TAHU DIRI TAK MAMPU TINGGALKAN LELAKI.

SELAMAT TINGGAL KENANGAN HITAM.

Reaksi warganet

Mohd Fikri Abdullah –
Faham perasaan tu. Kes kita lebih kurang sama, pasangan songsang, enggan dan langsung tak pernah disentuh, bawa perwatakan berlawanan. 1 tahun 3 bulan je bertahan. Perempuan dengan perempuan msj bersayang2, bermanja2 jangan dianggap biasa. Maha kuasa Allah dijumpakan bukti. Terjawab semua persoalan.

Azrinna Azan –
Tapi ngerinya kalau patient lelaki yang dia treat taktau dia songsamg. Mesti beronok2 dia kan dapat pegang lelaki since dia staff nurse.

Nauzubillah, semoga Allah tak uji kita macam tu. Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah pada bekas suami tt dan semoga tt di beri kebahagiaan yang hakiki dunia dan akhirat serta rumahtangga yang bahagia hingga jannatul firdaus..

Dzarul Azfan Dasuki –
Waduh. Jadi lelaki zaman sekarang ni pun scary lah pulak ada ‘peminat’ nanti. Kalau peminat tu perempuan, cun lah jugak. Kalau lelaki, errr..

Pape pun, thumbs up kak. U did a good job, amek langkah selamat. Better tak disentuh orang macamtu. Kang tak pasal kene A1DS lak. Cuma bengang r laki tu taknak lepaskan leklok. Amende laa.

Izfadiyah Ahmad –
Bila bedepan kes begini, perkara pertama isteri wajar buat ialah kumpul bukti. Contoh snap la smua pic conversation tak senonoh tu, simpan elok elok. Bukan untuk aibkan dia tapi kalau suami degil taknak lepaskan at least boleh guna sebagai bukti. Maybe lebih mudah untuk dia lepaskan isteri untuk elak aibnya terbuka di mahkamah.

Aisyah Yaakob –
Kesiannya. Memang pun benda ni berlaku in real life. ‪Sometimes pelik la jenis manusia songsang nie bila memang tau diri tu macam mana dan apa yang dia buat akan runtuhkan rumahtangga and tak akan bahagia. At the first place kenapa kahwin? Kahwin nie dorang buat macam try and error je ke? Atau memang kahwin sebab tak nak bahagia? Betul tak faham. Menyusahkan

Syakriah Ishak –
JANDA BERHIAS istilah untuk isteri yang tidak pernah disentuh suami kemudian dicerraikan.

Tt telah buat tindakan yang bijak. Doa saya, mudah2an Allah SWT gantikan jodoh yang lebih baik dan membahagiakan buat tt. Yang berlalu hanyalah ujian dalam kehidupan tt. Tahniah kerana hadapinya dengan bijaksana.

Aqief Ara –
Im 32, dan “sekapal” dengan aruwah. Penuh tekanan daripada orang keliling bila umur camni tapi masih tak kawen.

Kadang i serabut, tapi i bukan sejenis aruwah yang bukan saja tipu diri sendiri malah menyusahkan pasangan. For me, kalau tak ready jangan saja nak kawen sebab mak suruh, malu kat jiran, etc.

My advice to women di luar sana jangan percaya 100% bahawa lelaki lembut itu normal. I have a lots of kawan lembut include me. Tapi hampir semua mereke gila jantan and pernah lakukan hubungan sejenis.

Ada yang pernah main jantan, dan alhamdulillah dah kahwin dan berubah. But mosty bercerrai berai, tapi i tak pasti sebab apa. Jika u pilih laki lembut as husband, anggap saja u sedang perjudikan nasib. Kalau nasib u baik, alhamdulillah. Kalau nasib tak baik, sila blah. Bukan nak menakutkan, but its fact.

Sumber – AKU BAHAGIA (Bukan nama sebenar) via IIUMC

129 thoughts on “SUAMIKU STAFF NURSE. SEDARI MLM PERTAMA TIDAK DISENTUH. AKHIRNYA JATUH TALAK 3, SLPS PUAS MINTA DILEPASKAN”

  1. Everything what you want to know about pills. All trends of medicament.
    ivermectin price uk
    drug information and news for professionals and consumers. drug information and news for professionals and consumers.

  2. Top 100 Searched Drugs. Medscape Drugs & Diseases.
    ivermectin pills
    Learn about the side effects, dosages, and interactions. Comprehensive side effect and adverse reaction information.

  3. Some are medicines that help people when doctors prescribe. Everything about medicine.
    https://nexium.top/# can i buy cheap nexium pills
    Get warning information here. Get warning information here.

  4. Definitive journal of drugs and therapeutics. Comprehensive side effect and adverse reaction information.
    https://lisinopril.science/# lisinopril 20mg coupon
    Prescription Drug Information, Interactions & Side. Read information now.

  5. drug information and news for professionals and consumers. Some are medicines that help people when doctors prescribe.
    п»їclomid
    Generic Name. All trends of medicament.

  6. Everything about medicine. Some are medicines that help people when doctors prescribe.
    tadalafil generic us
    What side effects can this medication cause? What side effects can this medication cause?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *