Sedih baca kisah ni, kisah suami Meninggal didalam kereta kerana bergaduh kecil dengan isteri.

Jiran dia cerita, selepas parking kereta depan rumah waktu malam, dia nampak kereta kawannya masih hidup enjinnya. Bila jengah,kelihatan si jiran dia yang tertidur di tempat duduk pemandu. Bila tegur, kata kawannya Siang tadi kerja banyak kat pejabat. Lepas Maghrib saya buat Grab pulak. Penat sangat.”

Keesokan harinya, berita yang datang betul-betul menggoncang hati. Jiran dia itu ditemui meninggal dunia dalam kereta akibat keracunan gas ekzos. Dia tertidur dengan enjin masih hidup.

Yang lebih menyayat hati, isterinya menjerit dan meraung… menyalahkan diri sendiri.

Rupanya mereka bergaduh pada malam sebelumnya. Si isteri merajuk, tak jawab mesej, tak buka pintu bila suaminya balik.

Dan malam itu, si suami hanya duduk dalam kereta. Kesunyian, kepenatan dan kelesuan ditambah dengan beban rajuk isteri yang
belum reda.

Mungkin cuba tenangkan hati, mungkin cuma
nak tunggu reda. Tapi tak sempat. Dia meninggal dalam kereta di hadapan rumah tanpa disedari oleh isterinya yang hanya berada beberapa meter sahaja darinya

(Ulasan saya)

Saya pulak yang rasa sebak mengenangkan nasib orang lelaki kerja berat tapi ada perempuan tak peduli pun, kasihan sangat..

Alkisahnya apabila orang lelaki yang sanggup kerja apa-apapun, atau pemandu grab motor yang sanggup redah hujan dan panas, atau peniga ada yang tidur tepi jalan, atau mana mana lelaki yang sanggup kerja keras, demi bahagiakan isteri dan anak anak, maka saya teringat satu hadis yang sangat memberi semangat untuk kami pihak lelaki agar sentiasa kuat dan jangan pernah putus asa.

Kadang tu bila tengok Video orang berniaga memang boleh menitiskan air mata, pernah tengok video ada makanan tumpah tak sempat jual atau, khemah di terbangkan angin, atau jualan tak laku, atau hujan lebat menitis masuk dalam lauk.. berkaca mata ni bangโ€ฆ

Tapi geng peniaga ni terutama kaum lelaki, sangat kuat dan tabah.. kagum saya dari jauh.

Apa rahsia mereka kuat dan setabah itu?

Alkisahnya Saya pernah ada kawan ajak mengeteh lepas penat bawa lori hantar biskut buatan sendiri ke seluruh kedai runcit dari Johor sampai Perlis patah balik singgah Kuantan, dengan mukanya yang penat, matanya yang merah, masih buat lawak sambil minum air teh..

Saya tanya dia,

โ€œTak penat ke kerja siang malamโ€ฆโ€

Jawabnya, โ€œhutang aku banyak, dan senyuman anak isteri akan hilangkan segala penatโ€

Tiba tiba matanya berkaca masuk habuk, lepas tu dia baca satu hadis yang menguatkan semangatnya, hingga waktu paling penat pun, bila teringat hadis tu dia akan jadi kuat balik..

Saya senyum senyum waktu dia baca tafsir hadis tu, sebab sangat deep, dan tepat!

Korang tahu hadis apa?

Hadis bab isteri jangan tolak layanan seks pada suami walaupun atas pelana unta..

Bila baca hadis ni terus rasa malu sebab Wanita kaum yang lemah, Allah suruh sabar untuk bahagiakan suami, tahanlah sedikit penat layan kehendak suami, lalu ramai Wanita solehah di luar sana yang amal hadis ini, malah ada yang bersemangat tunaikannya, lalu kami kaum lelaki, yang jauh lebih kuat, maka setakat susah payah cari rezeki 24 jam pun, takde masalah, demi kebahagian anak dan isteri.. kami sanggup..

Yer betul, rujuk hadis bab kaum Wanita kena kuat layan suami, maka kami kaum lelaki yang jauh lebih kuat dari wanira, lagi-lagilah kena kuat bekerja demi kebahagaian anak isteri! Itu yang korang nampak ada peniaga yang sanggup kerja apa sahaja yang halal, sanggup redah hujan dan panas, sanggup besekang mata 24 jam, sanggup bua dua tiga kerja demi kebahagian anak isteri sebab bagi kami, tunaikan hak anak bini bukan hanya sekejap atas pelana unta, tapi seluruh hidup kami kena layan dan tunaikan kehendak anak isteri selama lamanya,

Malahan dipintu syurga, kami orang lelaki masih kena berkorban bagi pahala pada anak isteri agar mereka semua selamat dari azab api neraka.. (Panjang pula nak cerita bab ini)

Akhir kata, Besar sebenarnya tanggung jawab lelaki, walau harta pusaka dapat lebih bukan untuk dirinya semata mata, aurat tak banyak kena tutup ada sebab nya, air mata menangis tak pernah mengadu pada siapa siapa, asal anak isteri tersenyum, mereka sanggup buat apa sahaja..

Tahniah kepada semua lelaki yang masih tabah dan sabar cari rezeki halal, dan tahniah juga kepada wanita yang juga sama sama sabar walaupun bersama metafora pelana unta.

Moral kisah ni, kenanglah masa 16 jam suami berpenat lelah cari rezeki, gantilah masa itu dengan masa di atas pelana unta yang mungkin tak sampaipun 30 minit, nak gaduh pun, biarlah mudah dipujuk. Sungguh Syurga isteri ada dalam redhanya suami.

Jadikan pengajaran buat semua.

Link asal: https://www.facebook.com/share/p/16FpAHkph5/?mibextid=wwXIfr