Kisah seorang wanita yang dikhianati oleh dua insan paling dekat dalam hidupnya kini menjadi topik hangat di media sosial. Norma Risma, seorang isteri yang setia, kini sedang menanggung kesedihan yang tidak tergambarkan setelah rahsia hitam suaminya, Rozy, terbongkar.

Cerita yang berlaku di Indonesia ini bermula apabila Norma sendiri menangkap suaminya bermadu kasih dengan ibunya sendiri. Bayangkan betapa luluhnya hati seorang isteri, apabila orang yang paling dia cintai dan percaya, adalah pengkhianat terbesar dalam hidupnya.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di YouTube Confide Bang Denny Sumargo, Norma meluahkan segala isi hatinya tentang kecurangan suami dan ibunya. Walaupun sudah sebulan berlalu, luka di hatinya masih belum sembuh. Setiap hari yang berlalu, dia masih tidak percaya apa yang telah terjadi dalam hidupnya.

Norma mendedahkan bahawa hubungan sulit antara suaminya dan ibunya telah berlaku sejak sebelum dia berkahwin. Lebih menyedihkan, bapanya sendiri telah memberi amaran kepadanya untuk tidak meneruskan hubungan itu.

Namun, cinta membutakan mata dan hatinya. Ketika itu, perasaan Norma terhadap Rozy terlalu mendalam. Dia yakin lelaki itu adalah jodohnya dan bersedia untuk menghabiskan hidup bersama, tanpa mengetahui bahawa dia hanya bermain seorang diri dalam cinta ini selama lima tahun.

โ€œMaknanya selama 5 tahun ini aku bercinta sendirian?โ€

Kebenaran akhirnya terbongkar apabila penduduk kampung mula curiga dengan pergerakan ibunya. Mereka melihat ibu Norma memasuki rumah sewa yang dihuni oleh Norma dan suaminya ketika Norma tiada di rumah.

Apa yang mereka temui dalam rumah itu mengejutkan semua orang.

Ketika penduduk membuka pintu, mereka menangkap Rozy dan ibu Norma dalam keadaan tanpa seurat benang di badan mereka. Tiada alasan yang mampu diberikan. Segala rahsia yang disimpan bertahun-tahun akhirnya terbongkar di depan mata.

Bukan hanya sekali, tetapi sudah bertahun-tahun!

Lebih menyakitkan, Norma mendapat tahu bahawa suami dan ibunya sering menghantar mesej berbaur l*cah melalui WhatsApp. Mereka tidak pernah berhenti berhubung, walaupun Rozy sudah menjadi suami kepada Norma.

Kesihatan mental Norma terjejas teruk.

Trauma akibat pengkhianatan yang melampau ini membuatkan Norma mengalami gangguan emosi yang sangat serius. Dia terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan untuk menenangkan diri. Setiap kali dia mengingati bagaimana dia dikhianati oleh dua orang paling dipercayai, dia jatuh dalam kesedihan yang mendalam.

Akhirnya, Norma dan Rozy bercerai.

Norma sudah tidak sanggup lagi berkongsi hidup dengan lelaki yang telah menikamnya dari belakang. Malah, bapanya juga menceraikan ibunya kerana terlalu malu dan kecewa dengan pengkhianatan itu.

Kini, Norma sedang cuba membina semula hidupnya, walaupun parut luka yang ditinggalkan mungkin tidak akan pernah hilang.

Semoga dia terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini. ๐Ÿ’”