Live Sedang Panas, Tiba-Tiba Telefon Berdering
Nama Bonda Rozita Ibrahim memang sinonim dengan karakter kuat, lantang dan berani bersuara. Tapi dalam satu sesi saran langsung Facebook baru-baru ini, aura gah itu sedikit terganggu apabila telefon bimbitnya berdering tanpa henti — dari suaminya sendiri, Ustaz Khairul.
Apa yang buat penonton terpinga-pinga, bukan sekadar deringan…
tetapi nada suara tegang Ustaz Khairul dari hujung talian.
“Sayang… Aduhai. Tadi Kan Kita Dah Bincang…”
Suara Khairul kedengaran mendesak, menegur tindakan Rozita yang dipercayai mengulas tentang perselisihan faham dengan pelakon Rebecca Nur Al Islam, yang juga adik iparnya sendiri.
“Sayang, aduhai… Tadi kan saya dah cakap semalam kita bincang… Saya tengok awak punya live ni…”
Namun sebelum sempat Khairul menghabiskan ayatnya, Rozita — dengan ekspresi sedikit tegang — terus menyerahkan telefon kepada stafnya.
Tindakan itu seolah-olah cuba mengelak daripada isi perbualan lebih sensitif terdedah kepada ribuan penonton yang sedang menyaksikan.
Netizen Pula ‘Bakar Line’ – “Ini Red Flag Besar!”
Tak sempat live itu berakhir, ruangan komen dah jadi medan peperangan.
Ramai netizen berang dan meluahkan rasa tak puas hati terhadap cara Ustaz Khairul mengawal situasi — secara live, tanpa sensitiviti.
Antara komen pedas yang membanjiri:
“Kalau lelaki backup adik beradik dari isteri, baik angkat kaki awal-awal.”
“Red flag besar. Bonda jenis kalau dah rasa tak dihormati, dia blah je.”
“Live tu kan hal dia… kenapa nak malukan dia depan ribuan orang?”
Apa Sebenarnya Yang Ustaz Khairul Nak Tegur?
Sehingga kini, belum ada penjelasan rasmi tentang isi penuh panggilan tersebut.
Tapi ramai percaya, Khairul mahu Rozita berhati-hati dalam kenyataannya — terutamanya selepas beliau dikatakan menyindir tentang “becak di Melaka”, yang netizen anggap berkait dengan pergolakan keluarga.
Isu ini dipercayai ada kaitan dengan rebutan isu tanah, harta atau salah faham keluarga yang kini mula menular dalam kalangan peminat tegar.
Cinta Itu Menjaga, Bukan Menyuruh Diam Di Hadapan Dunia
Dalam perkahwinan,
teguran itu tanda sayang.
Tapi bila dibuat di khalayak ramai…
sayang itu bertukar menjadi luka kecil dalam jiwa.
Dan dalam dunia media sosial hari ini,
sekali luka itu ditayang, ribuan mata akan menilai… selamanya.