Tindakan seorang pelanggan lelaki yang tidak berpuas hati dengan layanan pekerja telah menjadi bualan.
Ia berlaku ketika urusan membeli di sebuah restoran makanan segera secara pandu lalu dan akhirnya menerima kecaman warganet.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Pernah kerja situ, kadang2 tak dengar
Kalau ‘bad mood’, tak payah libatkan orang lain
Kalau tak reti sabar, tak perlu ‘order’
Difahamkan, pekerja restoran itu bertanya semula jumlah ketulan ayam goreng yang ingin dibeli.
Kemudkan lelaki berkenaan didakwa meninggi suara sekali gus bertukar menjadi ‘moody’.
Bukan berakhir di situ, lelaki tersebut dipercayai bertemu dengan pekerja sama ketika membuat pembayaran.
Dan mula menunjukkan rasa kurang senang apatah lagi perlu menunggu wang bakinya.
“Cepatlah! Terhegeh-hegeh. Sorry-sorry, tak payah sorrylah! Dah salah tu, salah la.
Aku tengah panas ni,” kata lelaki terbabit selepas pekerja itu memohon maaf.
Tidak dapat dipastikan tujuan dia merakam video berdurasi sekitar dua minit itu.
Namun ciapan berkenaan diulang kicau hampir 4,000 kali selain pelbagai reaksi warganet terhadap tindakan tersebut.
Sumpah aku panas hati tengok si pondan hauk ni maki maki cashier mcd. His defense was cashier tu tanya balik nak berapa pcs???? Dengan staff marhaen kau berani lah tunjuk power eh, ke sebab tengah record??? pic.twitter.com/y7zODeN6Da
— Gojo Sexy Satoru’s Wife (@elorakdshn) January 28, 2022
Ramai menyifatkan lelaki itu bersikap biadab dan tidak ‘bertamadun’ kerana mengamuk disebabkan hal-hal kecil.
Sebenarnha ia boleh sahaja diselesaikan dengan cara baik, namun memilih bagi berkongsi video itu di TikTok.
Kesian pekerja tu kena hadap macam-macam ragam pelanggan! Kalau ada 10 orang lagi macam lelaki itu dalam sehari, memang ‘koyak’ juga nak bagi layanan terbaik.
Sumber: Twitter @elorakdshn