Hiburan

Siti Sarah Bantu Potong Rambut Shuib, Namun Hasilnya Menarik Perhatian Ramai

Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), operasi kedai gunting rambut tidak dibenarkan untuk berjalan.

Oleh itu jika anda ingin memotong rambut, cara terbaik adalah melakukannya sendiri atau meminta pertolongan ahli rumah untuk berbuat demikian.

Pada 28 Jun 2021, pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu telah memuat naik satu hantaran berkaitan hal tersebut di Instagram miliknya.

 

“Alhamdulillah hasil bini potong kan rambut,,,ibuuuuu!!!!!!! ??? @sitisarahraissuddin

Video itu menunjukkan hasil pemotongan rambut yang dilakukan oleh isteri beliau iaitu penyanyi Siti Sarah.

Namun Sarah sengaja meninggalkan sedikit rambut pada bahagian belakang kepala Shuib.

Perkara itu dilihat melucukan dengan ramai yang mengaitkannya dengan barcode.

Siti Sarah Bantu Potong Rambut Shuib, Namun Hasilnya Menarik Perhatian Ramai

Macam-macam la mereka ni.

Tapi pasangan Shuib dan Sarah nampak bahagia je, kan?

 

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : Hot Fm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *