Trending

Wanita Ditangkap KhaIwat dgn LeIaki Lebih Muda Ketika Suami Keluar Bekerja Sbg Pengawal

B4 Content

KULIM: Seorang wanita yang mempunyai empat anak dicekup berkhalwat bersama pasangannya di bilik sewa di Kampung Pondok Labu, di sini ketika suami wanita itu keluar bekerja awal pagi tadi.

Wanita berusia 35 tahun dan pasangan, 32, itu dicekup pada jam 1.40 pagi oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK).

Paragraf 2

“Hasil pemeriksaan mendapati, pasangan itu bukan suami isteri atau mahram malah mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mereka mempunyai hubungan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anwar Shariffudin berkata, hasil siasatan mendapati, pasangan itu dipercayai berkenalan di sebuah kedai makan di daerah ini kira-kira enam bulan lalu.

Beliau berkata, wanita yang berasal dari daerah ini itu bekerja sebagai tukang cuci, manakala lelaki yang berasal dari Pendang itu pula bekerja sebagai pemandu jengkaut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurut Anwar Shariffudin, pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk laporan tangkapan.

1 thought on “Wanita Ditangkap KhaIwat dgn LeIaki Lebih Muda Ketika Suami Keluar Bekerja Sbg Pengawal”

  1. Pingback: check

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *