Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya telah melepasi syarat kewarganegaraan Malaysia.

Perkara ini ditegaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail apabila diminta mengulas isu FAM dikenakan hukuman oleh FIFA berhubung status dokumentasi tujuh pemain itu.

Sebelum ini, FAM dan tujuh pemain warisan negara dikenakan hukuman oleh FIFA atas alasan mengemukakan dokumen palsu.

Tujuh pemain tersebut ialah Hector Hevel, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Imanol Machuca dan Jon Irazabal.

Apabila ditanya tentang perkara tersebut, Saifuddin memaklumkan hal ehwal kerakyatan Malaysia terletak di bawah bidang kuasa KDN.

Beliau turut menyatakan proses naturalisasi tujuh pemain tersebut dibuat secara teliti dengan setiap permohonan disemak dengan rapi.

โ€œProsesnya teliti. Jawatankuasa yang dipengerusikan ketua setiausaha akan menyemak setiap permohonan yang dibuat secara rapi,โ€ katanya.

โ€œKita teliti semua dokumen yang dihantar seperti yang disyaratkan undang-undang, dan bagi kes ini, semua prosedur (naturalisasi) dipatuhi sepenuhnya.โ€

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) memberi respon keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman yang dikenakan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara.

โ€œApa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?,โ€ katanya di X.

Dalam laporan siasatan penuh yang dikeluarkan oleh FIFA malam tadi mendedahkan bagaimana tujuh pemain naturalisasi Malaysia menggunakan dokumen kelahiran yang dipalsukan bagi melayakkan diri bermain untuk skuad Harimau Malaya.

Dalam laporan rasmi bertarikh 6 Oktober itu, FIFA menyatakan bahawa hasil semakan mendalam menunjukkan sijil lahir asal tujuh pemain terbabit sebenarnya dikeluarkan di luar negara seperti Sepanyol, Argentina, Brazil, Sepanyol dan Belanda, bukannya di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh FAM.

Antara dapatan penting, siasatan mendapati dokumen asal menunjukkan:

  • Gabriel Felipe Arrocha โ€” lahir di Santa Cruz de la Palma, Sepanyol, tapi direkodkan oleh FAM sebagai lahir di Melaka.
  • Facundo Tomas Garces โ€” asal Santa Fรฉ de la Cruz, Argentina, namun disenaraikan lahir di Pulau Pinang.
  • Rodrigo Julian Holgadoย  โ€” sebenarnya lahir di Buenos Aires, Argentina, tapi dinyatakan lahir di George Town, Pulau Pinang.
  • Imanol Javier Machuca โ€” lahir di Roldรกn, Argentina, tapi dilaporkan lahir di Penang.
  • Joao Vitor Brandao Figueiredoย  โ€” asal Abre Campo, Brazil, namun dilaporkan lahir di Johor.
  • GregorioJon Irazabal Iraurguiย  โ€” lahir di Viscaya, Sepanyol, tapi disenaraikan lahir di Kuching, Sarawak.
  • ย Hector Alejandro Hevel Serrano – lahir di The Hague, Belanda, tapi dalam dokumen FAM, tertulis lahir di Melaka Straits Settlements.

Laporan Penuh Ada Di Bawah Sekali