KENYATAAN RASMI PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa pihak FAM masih menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Proses rayuan hanya dapat dimulakan sebaik sahaja dokumen penuh keputusan tersebut diterima secara rasmi.

Pasukan guaman FAM telah bersedia untuk mengambil sebarang tindakan lanjut sejurus dokumen berkenaan diperoleh.

Sebaik sahaja keputusan penuh diterima, pasukan guaman FAM akan mengemukakan rayuan dengan dokumen sokongan yang kukuh.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman, pihaknya sedang menunggu dokumen penuh penghakiman daripada FIFA. Hanya selepas itu barulah segala langkah undang-undang dan proses rayuan dapat dilakukan.

Jika benar, tidak mustahil hukuman penggantungan itu bakal digugurkan โ€“ memberi sinar baharu buat Harimau Malaya yang kini berada dalam persiapan kelayakan antarabangsa.

Kesimpulannya: untuk FAM, belum ada โ€œkad merahโ€ muktamad. Selagi dokumen penuh belum sampai ke Wisma FAM, peluang Malaysia untuk lepas daripada hukuman masih terbuka luas.

Baca Laporan Penuh di Bawah Sekali

DATUK NOOR AZMAN HJ RAHMAN
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

#FAM #HarimauMalaya