Ralat: Wanita itu mungkin ibu saudara, dan lelaki itu teman lelakinya.
Anak kecil sememangnya sangat sensitif dari segi kesihatan mereka.
Jadi, sebagai ibu bapa atau orang yang lebih dewasa, kita seharusnya lebih peka dan elakkan mereka dari terdedah di kawasan atau persekitaran yang tidak sihat.
Namun, jika ibu bapa sendiri yang mendedahkan anak kecil terutamanya bayi dalam lingkungan sebegitu.
Sepatutnya ereka seharusnya belajar lagi untuk menjadi orang tua kerana bimbang anak-anak membesar dalam persekitaran negatif.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Twitter apabila berkongsi rakaman semula Insta Story menunjukkan seorang lelaki menyuapkan vape ke mulut seorang bayi.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Video tersebut juga dirakam oleh seorang wanita yang mungkin ahli keluarga kepada bayi tersebut memandangkan dia memanggil lelaki terbabit sebagai ‘abi’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan rasa marah dengan sikap tidak peka pasangan tersebut.
Mak dia pun sokong..
Tak kesian ke dekat anak tu..
Semata-mata content..
Netizen Berang
Tindakan kurang bijak pasangan berkenaan telah mengundang rasa marah pengguna media sosial terutamanya Twitter apabila menyelar perbuatan bodoh terbabit.
Walaupun tahu bayi berkenaan adalah ahli keluarga mereka, namun tugas orang dewasa adalah melindungi anak-anak daripada terdedah dengan sebarang penyakit bukannya sengaja ‘mencari’ penyakit melalui tindakan-tindakan kurang cerdik seperti itu.
— . (@fanaizty) August 5, 2022
Sudah Dilapor ke JKM
Difahamkan, pengguna Twitter dikenali sebagai @fanaizty telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa supaya perkara ini disiasat.
Dan mereka sewajibnya dikenakan tindakan undang-undang berikutan perbuatan kurang bertanggungjawab tersebut.
Sumber: Twitter @fanaizty