Assalamualaikum.
Nama saya Laila (bukan nama sebenar). Saya berumur 33 tahun, sudah berkahwin hampir 10 tahun dan ada 5 orang anak. Suami saya bekerja jauh, kami PJJ (perkahwinan jarak jauh). Dia hanya pulang sebulan sekali, itu pun dua atau tiga hari saja. Nafkah memang dia beri, RM500 seminggu, cukup untuk makan anak-anak. Tapi yang tak cukupโ€ฆ kasih sayang dan perhatian.

Rumah ni selalu sunyi.
Malam-malam saya tidur berteman air mata. Anak-anak semua kecil, saya pula manusia biasaโ€ฆ hati saya rapuh.

Satu hari, saya kenal aplikasi WeChat. Mula-mula cuma nak kawan, nak isi masa. Tapi lama-lama saya terleka. Ada ramai yang chat, tapi ada seorang lelaki yang lain dari yang lain, katanya dia suami orang. Dia lembut bicara, tak pernah ambil kesempatan. Dia ajar saya mengaji, selalu pesan jangan tinggal solat. Saya rasa dihargai. Saya rasa โ€œhidupโ€ balik.

Dari hari ke hari, kami semakin rapat. Dia datang ke rumah kononnya nak ajar saya mengaji. Saya percayaโ€ฆ saya bodoh percaya. Tapi syaitan tak pernah berhenti berbisik.
Hari tu, rumah sunyi, anak-anak tidur. Kami terlanjur. Dan masa tu, saya hanya fikir, โ€œakhirnya ada juga orang yang sayang sayaโ€ฆโ€

Tapi dosa tak pernah berhenti di situ.
Beberapa minggu kemudian, dia datang lagi. Kali ni saya cuma ditemani anak bongsu, baru dua tahun. Masa saya di dapur, anak saya menjerit kuat. Bila saya keluar, saya nampak dia memegang tempat anuย anak saya.

Saya terkejut, marah, dan terus tarik anak saya. Dia tergamam, menangis, sujud depan saya minta maaf. Katanya dia tak sengaja. Sayaโ€ฆ saya bodoh lagi. Saya maafkan dia sebab saya fikir mungkin betul dia tersilap. Saya fikir dia masih lelaki baik yang ajar saya solat.

Tapi selepas itu, saya tak pernah tenang.
Mata anak saya kosong. Dia menangis kalau dengar suara lelaki tu. Dan sayaโ€ฆ masih juga berhubung dengan dia. Saya tahu saya salah. Tapi saya dah terikat dengan kasih sayang palsu yang saya cipta sendiri.

Saya sayang diaโ€ฆ tapi saya juga masih sayang suami saya.
Saya tak tahu apa yang perlu saya buat. Saya takut nak cerita pada suami, takut suami benci saya. Tapi dalam masa yang sama, saya tak boleh lupa dosa tu. Saya jijik dengan diri sendiri.

Malam tadi saya peluk anak saya lama-lama. Saya minta maaf. Saya menangis sampai bengkak mata. Saya tahu, saya bukan ibu dan isteri yang baik. Saya dah hancurkan segalanyaโ€ฆ hanya kerana kesunyian.

Sambungan Ada Di Bawah Sekali