Kehilangan punca pendapatan mendorong keputusan yang mengejutkan.
Seorang artis wanita terkenal yang pernah menghiasi pentas hiburan dan layar kaca kini menjadi bualan hangat apabila videonya sedang melakukan tarian tiang di sebuah kelab hiburan tersebar luas di media sosial.
Wanita berkenaan, yang pernah meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita Popular suatu ketika dahulu, dilihat mengenakan busana menjolok mata sambil mempersembahkan aksi tarian menggoda di hadapan penonton kelab malam.
“Saya bukan nak malukan sesiapa. Tapi saya perlukan duit,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada rakan media hiburan.
Menurut sumber terdekat, artis ini telah lama menyepi daripada dunia seni selepas tawaran lakonan dan nyanyian berkurangan sejak pandemik.
Difahamkan, tekanan hidup dan tanggungan keluarga menyebabkan dia memilih untuk mencari rezeki dalam dunia hiburan malam — biarpun ia bercanggah dengan imej yang pernah dibawanya dahulu.
“Mula-mula dia hanya teman kawan ke tempat itu. Tapi lama-lama ditawarkan bayaran lumayan untuk menari. Dia kata tak mahu, tapi akhirnya terpaksa akur sebab terdesak,” ujar sumber itu lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen menyuarakan rasa kecewa dan simpati. Ada yang mempersoalkan bagaimana industri seni gagal menjaga kebajikan selebriti lama, namun tidak kurang juga yang mengecam tindakan tersebut.
“Kalau benar susah, kenapa tak jual produk atau berniaga kecil-kecilan? Kenapa sampai sanggup jadi penari tiang?” tanya seorang pengguna X.
Bukan dari Malaysia
Namun apa yang mengejutkan, hasil semakan mendalam mendapati wanita tersebut bukan berasal dari Malaysia seperti yang disangka, tetapi sebenarnya merupakan selebriti dari negara jiran. Identitinya turut telah dikenal pasti oleh media tempatan di sana.