Assalamualaikum min… tolong hide profile aku.
Aku bukan nak popular, bukan nak aibkan sesiapa.
Tapi aku rasa benda ni patut jadi pengajaran.
Sebab malam tu… malam yang paling buat aku rasa trauma sebagai pegawai penguatkuasa.
“Assalamualaikum, Encik… Ada aduan kes bising dari rumah hujung blok tu. Terlalu kuat sampai jiran tak boleh tidur.”
Malam tu aku dan team aku tengah buat rondaan biasa.
Satu kawasan PPR, kawasan yang memang kerap kami terima aduan —
bising, gaduh, mabuk, curang, dadah…
Tapi malam tu, kami cuma jangka kes ‘berbunyi’ biasa.
Tapi bila kami sampai dan ketuk pintu…
“Siapa kat dalam, sila buka pintu. Kami dari penguatkuasa!”
Ambil masa dalam 10 minit sebelum pintu dibuka — dengan wajah yang merah padam.
Seorang lelaki. Baju senget, zip seluar terbuka.
Aku masuk.
Dan di ruang tamu… ada tiga orang lelaki lain.
Dan seorang perempuan, hanya berselimut, terduduk di penjuru dinding.
Bila Aku Tanya, “Siapa Perempuan Ni?”
Lelaki Tadi Jawab, “Ni Bini Saya.”
Aku rasa darah aku beku.
“Dan yang tiga orang ni?”
Dia pandang aku. Dia pandang tiga lelaki tersebut. Masing-masing duduk di sofa depan tv. Lengkap berpakaian, tapi muka berpeluh-peluh.
Tenang. Tanpa rasa bersalah. Diam!
Aku jerkah lagi. Baru dia jawab.
“Kawan-kawan. Kami deal elok-elok. Tak ada paksaan.”
Aku termenung. Deal apa? Paksaan apa?
“Kau jual bini kau ke..”
Dia diam. Hanya mengangguk kecil. Aku rasa nak tumbuk muka dia malam tu juga. Tapi aku pegang diri.
Bila Aku Tanya Kenapa Buat Macam Tu…
Dia Bagi Jawapan Yang Sampai Hari Ini Masih Berbunyi Dalam Kepala Aku
“Saya takde kerja, bang. Anak perlukan susu. Bini saya rela bantu saya.
Lagipun… dari kami minta sedekah, biarlah orang bayar servis.”
Dan perempuan tu… isteri dia… hanya tunduk, tetapi tidak menangis.
Mulut dia diam.
Tak bela diri. Tak salahkan suami.
Tak cakap satu patah pun.
Rupa-rupanya bukan sekali dua. Isteri dia juga seronok diperlakukan begitu. Sama-sama tidak sekolah punya orang!!!
Kami Tahan Semua Sekali Malam Tu. Tapi Hati Aku Tertinggal Dalam Rumah Tu.
Sepanjang perjalanan ke balai, aku tak bercakap.
Aku duduk dalam van operasi, tenung luar tingkap.
“Apa jadi dengan dunia ni, ya Allah?
Suami jual isteri.
Kawan sanggup guna isteri kawan sendiri.
Anak kat rumah tunggu susu — tapi susu yang dibeli dari maruah ibu sendiri.”
Bila Suami Jadi Dalang, Bila Isteri Jadi Mangsa, Bila Duit Jadi Tuhan — Apa Lagi Yang Tinggal Dalam Nilai Sebuah Rumah Tangga?
“Saya tak tahu apa nasib budak kecil yang tunggu susu kat rumah malam tu.
Tapi saya tahu…”
Kalau esok dia besar dan tahu mak dia dijual untuk susu dia sendiri, mungkin dia takkan mampu pandang dunia dengan mata yang sama.