Saya bukan orang kaya. Bukan juga cantik sangat.

Tapi saya isteri yang setia. Yang taat. Yang tak pernah tinggi suara.
Saya kahwin dengan dia selepas dua tahun berkawan.
Dia jujur, katanya dulu kecewa sebab bekas tunang dia kahwin dengan orang lain.
Saya simpati… dan akhirnya jatuh cinta.

“Saya tak janji hidup mewah, tapi saya janji takkan tinggal awak walau susah.”
Itu ayat dia malam sebelum akad.

Dan saya percaya.
Sebab saya fikir, lelaki yang pernah dilukai, pasti tahu jaga hati orang lain.


Bila Rezeki Zuriat Datang

Lepas dua tahun kahwin, saya disahkan mengandung.
Kami menangis bersama.
Dia belikan kelambu baby warna biru. Dia belai perut saya setiap malam.
Dia lukis nama anak di atas kertas dan letak di dinding bilik.
Kami rancang segalanya — dari hospital sampai baju pertama anak.

Tapi semuanya berubah… masuk bulan ke-6.


Hati Dia Dah Diambil Orang

Dia mula berubah.
Balik lambat. Telefon disorok. Dah tak peluk perut saya waktu tidur.
Saya rasa ada sesuatu… tapi saya tak mahu tuduh.

Satu malam, dia tertidur atas sofa.
Telefonnya terlepas jatuh.

Saya buka.
Dan saya nampak gambar. Gambar dia dan seorang perempuan —
tangan lelaki saya melingkar di pinggang perempuan tu.
Dan dua orang budak…


“Dia Janda, Tapi Dia Lebih Lengkap Dari Awak”

Saya bangun pagi tu… dan terus tanya dia.
Dengan perut besar, saya menangis di hadapan dia.

Dia hanya tunduk.

“Saya dah buat keputusan. Saya nak kahwin dengan dia. Anak-anak dia perlukan saya.”

Saya tergamam.

“Anak orang lain? Awak lupa… awak pun ada anak dalam perut saya sekarang?”

Dia diam.
Dan malam tu… dia keluar rumah.
Tinggalkan saya tanpa salam.


Surat Cerai di Atas Sejadah

Dua minggu selepas tu, saya dapat sampul.
Dalamnya ada surat cerai.
Dia ceraikan saya dengan talak satu.
Tarikh sama dengan hari dia nikah janda anak dua tu.

Saya rebah.
Dan sejadah saya basah dengan air mata.

Kami kemudian selesaikan di mahkamah sebelum aku bersalin. Tapi mahkamah kata kena tunggu selepas bersalin. Walaupun kata-kata dia sah, tapi kami kena tunggu juga selepas bersalin.


Yang Ditendang, Disuruh Minta Maaf

Beberapa bulan lepas bersalin, saya bawa anak jumpa dia.
Sebab anak perlu jumpa ayahnya.
Tapi saya tak sangka, saya kena marah dengan keluarga dia.

“Awak ni tak reti nak jaga laki. Tu sebab dia kahwin lain!”
“Kalau awak redha, minta maaflah dengan dia. Jangan ganggu rumah tangga baru dia.”

Saya diam.
Sebab anak saya dalam dakapan.
Saya cium ubun-ubun anak saya… dan saya hanya jawab,

“Saya tak minta dia balik. Saya cuma bawa anak dia… yang dia tinggalkan sebelum sempat tengok dunia.”


Tahun berganti.
Anak saya dah masuk tadika.
Saya kerja, saya hidup sendiri. Saya bahagia, walaupun sederhana.

Satu petang, azan Maghrib berkumandang.
Saya buka pintu rumah, nak ambil kain.

Saya nampak dia —
berdiri di luar pagar.
Berjambang. Muka cemas. Mata merah.
Dia tengok anak saya dari jauh.

“Saya… saya rindu dia…”

Saya hanya senyum.

“Dulu awak tinggalkan saya masa saya mengandung. Sekarang awak datang… bila saya dah cukup kuat untuk hidup tanpa awak.”

Dia tunduk. Menangis.
Dan anak saya keluar, tarik tangan saya.

“Mama… siapa tu?”

Saya jawab perlahan…

“Orang yang pernah tinggalkan mama… masa mama paling perlukan dia.”