Rentetan babak panas yang dilakonkan oleh Zul Ariffin bersama Siti Hariesa, pelakon cantik, Ruhainies menjelaskan permohonan maaf yang dibuat oleh Zul sebelum ini merupakan jalan terbaik bagi menjernihkan keadaan.
Ujar Ruhainies lagi, tidak adil jika kesalahan tersebut ditunding kepada satu pihak sahaja dan dia turut yakin Zul akan lebih berhati-hati selepas ini serta mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku.
“Zul sendiri sudah pun memohon maaf atas apa yang berlaku. Bukan bermaksud nak ‘back up’ kerana yang salah tetap salah.
Cuma setiap manusia pasti tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Harap semua dapat memaafkan dia.
Lebih baik untuk kita sebarkan apa yang positif dan ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku.”
Terdahulu, Zul Ariffin memuat naik video memaparkan beberapa adegan ‘panas’ bersama pelakon baru iaitu Siti Hariesa.
Video berkenaan memperlihatkan pelakon berusia 33 tahun itu merangkul badan Hariesa sambil menggendongnya.
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa lagi babak mengghairahkan yang dilakonkan dalam drama tersebut.
Sumber: Harian Metro