Trending

Rohana Jalil Meninggal Dunia Pada Usia 68 Tahun

B4 Content

Kuala Lumpur: Penyanyi Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam.

Beliau meninggal dunia di sisi suami, anak-anak dan keluarga apabila doktor mengesahkan keadaannya kritikal, petang tadi.

Paragraf 2

Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil dimasukkan ke HCTM sejak 20 April lalu akibat kebocoran usus.

Berita kematiannya turut dikongsi oleh beberapa rakan rapatnya menerusi media sosial antaranya penyanyi Norshila Amin, Chef Yang Jamil dan ramai lagi.

Selaku pengurus yang telah menjaga Rohana selama 20 tahun, Jepun berasa kesal dengan tindakan pihak hospital kerana tidak memaklumkan perkara sebenar kepada mereka.

Berkongsi punca sebenar masalah kesihatan yang dialami penyanyi lagu Rayuanku itu, Jepun menjelaskan Rohana pernah menjalani pembedahan bariatrik dua tahun lalu bagi merawat masalah gastrik.

Rawatan itu dibuat menyusuli khidmat nasihat daripada doktor, namun semuanya bertukar menjadi lebih rumit akibat kesan yang dialami pada usus.

“Doktor mencadangkan agar Rohana melakukan pembedahan bariatrik dan katanya dengan melakukan prosedur ini dapat menghilangkan sakit gastriknya.

“Cuma kesilapannya apabila doktor tidak memberitahu kami keadaan usus Rohana selepas melakukan pembedahan itu.

“Doktor hanya memberitahu usus ada luka dan kemerah-merahan tapi doktor tidak memaklumkan sebenarnya ia sudah menjadi teruk,” katanya, lapor mStar.

Bagi mengatasi masalah itu, Jepun memberitahu doktor hanya memberikan ubat antibiotik bagi merawat usus Rohana dan melakukan rawatan susulan tanpa diminta untuk merujuk ke hospital pakar.

Pada April lalu, Rohana dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU HCTM (UKM) akibat mengalami kebocoran usus.