Dari FB Khairul Azri
Dikhabarkan abang rider yang di’selamat’kan oleh Polis Bantuan dari kena hentak dengan besi stering lock sebab tegur warga Singapura beli minyak masuk tong untuk go-kart depa semalam telah ‘hilang’ kerja sebab akaun grab dia digantung oleh Grab.
Mohon Grab sahkan betul ke tak benda ni berlaku?
Bukan apa rasa macam nak uninstall Grab kalau benda ni benar-benar berlaku.
Darah tinggi tertengok video warga perasaan negara ‘first world’ mengamok lepas kena tegur dengan abang rider sebab cilok minyak ditaja cukai rakyat Malaysia isi dalam tong untuk main go-kart dia.
Ya kita tak nafi warga dia bangang. jongket kereta jadi pencopek minyak subsidi tu perkara biasa.
Tapi yang buat jadi panas tengok perangai polis bantuan yang punya lembik walhal pistol ada kat pinggang. Punya longlai punya tindakan tahan lepas, sagang tak bertenaga, pegang hp walhal warga negara berkenaan dah ugut guna besi stering lock nak mencederakan warga kita.
Last last apa kau buat? kau mintak ic abang rider pulak. eh apa kehe?
Paling chokia, bila polis betul ya bukan polis bantuan keluar kenyataan media, yang maklum memang berlaku dan yang mencuri dan mengugut tu bebas camtu sahaja, tak kena apa-apa. alasan tarik report.
Makin besar kepala lah depa mai rembat minyak kat Malaysia ni, paling chokia pun bagi lah 323 ke 506 ke, lekat lah RM2000, jadi pengajaran. Walaupun tarik report. Video bukti ada kot.
Memang makin ‘liar’ lah warga so called ‘first world’ country ni lepas ni.
Sigh.