Trending

‘Rider’ dakwa akaun Grab digantung selepas tegur lelaki Singapura isi minyak

B4 Content

Selepas menegur dua warga Singapura mengisi minyak ke dalam tong, penghantar makanan mendakwa akaun Grab miliknya digantung sejak jam 6 petang semalam sekali gus tidak dapat menjana pendapatan.

Menerusi aplikasi TikTok, lelaki menggunakan nama @matkibot itu berkata, ia terjadi selepas video kejadian tersebut tular di media sosial.

Paragraf 2

“Selepas video ini tular di media sosial, Grab telah gantung akaun saya pada pukul 6 petang hari ini (semalam), saya segera hubungi perkhidmatan pelanggan Grab dan saya diberitahu akan menerima panggilan pihak atasan Grab dalam masa 24 jam.

“Selepas 20 minit saya telah menerima panggilan pihak Grab, ada orang membuat laporan ke atas saya.. yang lapor tu bukan sesiapa pun, warga Singapura tu juga.

“Mereka melaporkan saya mengeluarkan skru driver untuk melawan balik. CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) ada, boleh la semak!,” dakwanya.

Sementara itu, dia menegaskan bahawa dirinya tidak bersalah melalui prinsip ‘berani kerana benar’ selain mengakui terkesan dengan punca pendapatan yang diraih selama ini.

“Berani kerana benar, saya tak bersalah. Walaupun begitu, periuk nasi saya dihalang oleh individu yang bersalah. Saya tak tahu sehingga bila tak dapat bawa Grab.

“Saya dapat RM100, kena hantar ke rumah RM50 untuk isi perut isteri dan anak. Macam mana tu? Macam tulah di Malaysia. okey tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga. Begitulah nasib rakyat Malaysia.. takdir rider,” katanya.