KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut manakala enam petugas Kementerian Kesihatan (KKM) cedera selepas terlibat kemalangan di Kilometer 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing pagi tadi.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihak polis menerima panggilan kejadian itu pada pukul 8 pagi.
Ia melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Wira dan Toyota Innova milik Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki Melayu berusia 50 tahun memandu Proton Wira dari rumahnya di perumahan tersusun Mawai Baru untuk ke tempat kerjanya di kilang proses batu di Jalan Mawai.
“Semasa sampai di lokasi kejadian kenderaan dipandu dipercayai telah hilang kawalan dan berpusing disebabkan terdapat batu-batu diatas jalan lalu memasuki laluan bertentangan.
Video kejadian di bawah sekali.
Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..
KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut, manakala enam petugas kesihatan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing, pagi semalam. pic.twitter.com/YIWiddA5ru
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) December 6, 2021
Sumber kosmo dan media sosial
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah: