Polis telah menahan 4 individu termasuk ibu bapa mentua pempengaruh media sosial terkenal Prince Syed.
Ini berikutan berlaku perselisihan faham dalam kejadian di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, semalam – lapor Buletin TV3.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah, mengesahkan bahawa, seorang lelaki berusia 33 tahun telah membuat laporan polis pada 2.40 petang semalam.
Dipetik dari sumber yang sama, Kamalriffin berkata: “Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan.
“Susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan.”
Beliau turut mengesahkan bahawa ibu bapa kepada isteri Prince Syed antara 4 individu yang ditahan.
Pada ketika ini pegawai penyiasat sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
