Trending

Polis Australia rampas her0in 336 kg dari Malaysia

Netizen Australia berjaya bongkar siapa pemilik sebenar d*dah tersebut

Polis Persekutuan Australia (AFP) merampas ddah jenis her0in seberat 336 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai A$268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane pada 13 Mac lalu.

Menurut kenyataan AFP, pasukan Pengawal Sempadan Australia (ABF) mengesan ddah tersebut disorok dalam dua blok konkrit simen, masing-masing seberat 500kilogram.

Katanya, semakan mendapati penghantaran itu diisytiharkan sebagai aksesori panel solar.

“Pegawai ABF yang melakukan pemeriksaan lanjut ke atas kontena itu berjaya mengesan ratusan bungkusan tersembunyi di dalam blok konkrit simen berkenaan dan keputusan ujian ke atas bahan dalam bungkusan itu positif ddah jenis heron.

Polis Australia rampas her0in 336 kg dari Malaysia
Ddah jenis herin dalam blok konkrit simen yang dihantar dari Malaysia ke Brisbane, Australia.- Foto: Polis Persekutuan Australia.

“Penyiasat AFP dan pegawai ABF kemudian menggerudi blok konkrit simen itu sehingga ke bahagian dalam sebelum menemui dan mengeluarkan 960 bungkusan dengan setiap satu mengandungi kira-kira 350 gram heron,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa telah mengeluarkan kesemua bungkusan hein daripada blok konkrit itu dan menghantar konsainan tersebut ke alamat di Brendale, utara Brisbane pada 28 Mac lalu.

Katanya, risikan polis pada 29 Mac lalu mendapati konsainan itu diterima oleh seorang lelaki tempatan dan dia menggunakan sebuah trak yang disewa menuju ke Sydney.

Dadah tersebut dipunggah ke dalam sebuah gudang di Mount Druitt pada 30 Mac lalu.

“Pemerhatian mendapati lelaki berusia 55 tahun itu kembali semula ke bangsal tersebut bersama alat pemotong untuk mengeluarkan bungkusan daah yang disorok di dalam blok konkrit simen itu sebelum pasukan kami menggempur dan menahan suspek.

Polis Australia rampas her0in 336 kg dari Malaysia
Barang kemas yang Polis Persekutuan Australia . Foto: Polis Persekutuan Australia.

“Hasil tangkapan suspek pertama itu, AFP melakukan beberapa siri penggeledahan di beberapa premis perniagaan dan kediaman di New South Wales dan Queensland yang membawa kepada rampasan pelbagai barangan termasuk barang kemas bernilai A$700,000 (RM2.05 juta).

“Rampasan hein seberat 336 kg hein ini adalah rampasan kedua terbesar yang pernah direkodkan AFP dan ABF dengan rampasan terbesar hein seberat 450 kg direkodkan di Melbourne pada 2021,” ujarnya.

Kata beliau, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi  mengenalpasti dan menjejaki individu yang mendalangi kegiatan itu. – MalaysiaGazette

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.