Ketika ramai mendambakan kehadiran cahaya mata, tidak semua yang benar-benar faham perjalanan getir seorang wanita bergelar isteri ketika sarat mengandung. Setiap detik adalah perjuangan, setiap perubahan adalah pengorbanan yang tidak ternilai.

Begitu jugalah yang dilalui oleh seorang wanita bernama Farah, yang kini sedang hamil 8 bulan dan sedang menghitung hari menanti kelahiran zuriat pertamanya.


“Kulit jadi kasar, jerawat naik, hidung makin besar…”

Dalam satu hantaran jujur dan menyentuh hati di media sosial, Farah berkongsi perubahan drastik yang berlaku pada wajahnya sejak hamil. Kulit yang sebelum ini licin kini ditumbuhi jerawat-jerawat kecil, muncul garisan halus pada wajah, dan bentuk hidung yang semakin membesar.

“Awal-awal saya fikir kenapa jadi macam ni? Saya jaga elok-elok. Pakai produk mahal pun tak jalan.”

Menurut Farah, perubahan fizikal itu membuatkan dirinya berasa rendah diri dan hampir kehilangan keyakinan diri.


Tapi cinta suami memulihkan segalanya…

Namun, di saat Farah hampir menyerah, sokongan seorang suami yang ikhlas menyayangi menjadi kekuatan terbesar buatnya.

“Suami selalu kata semua ini sementara. Dia puji saya, peluk saya, cakap saya tetap cantik… Saya tak perlu rasa bersalah dengan tubuh saya yang berubah.”


“Makin dekat due, makin teruk… Tapi saya dah redha.”

Farah mengakui, semakin menghampiri tarikh bersalin, keadaan wajahnya makin teruk — namun kali ini dia tidak menangis lagi, sebaliknya dia reda dan lebih kuat kerana tahu suaminya masih memandang dia dengan kasih yang sama.

“Saya sedar… bukan semua wanita kuat nak lalui ni. Tapi kalau ada suami yang betul-betul faham dan sabar, semuanya jadi ringan.”


Titipan buat para suami…

Di hujung perkongsian, Farah meninggalkan pesanan ringkas buat para suami di luar sana.

“Tolong hargai isteri kamu. Dia mungkin tak kata apa-apa, tapi dalam diam dia lawan rasa rendah diri, dia tahan sakit, dia bawa nyawa untuk kamu.”

“Peluk dia. Cium dahi dia. Bisik kata dia tetap cantik walau dunia nampak sebaliknya.”