SAKSI kelapan prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir, Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap memberitahu Mahkamah Koroner remaja dikenali sebagai ‘Pelajar A’ telah bermalam di rumah Allahyarham.

Difahamkan, pelajar A yang berusia di bawah 18 tahun bermalam di rumah Zara di Sipitang empat hari sebelum remaja itu ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama.

Perkara itu dimaklumkan ibu Zara, Noraidah Lamat, kepada Azhari ketika mereka bertemu di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth pada 16 Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan Azhari ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili Pelajar A.

โ€œSemasa di Unit Kecemasan, ibu Zara ada ceritakan bahawa Zara kelihatan ceria di rumah dan suka menulis. Pelajar A dikatakan kawan baik Zara, tahu tentang dirinya dari A hingga Z.

“Mungkin sebab itu ibu Zara menganggap Pelajar A rapat dengannya,โ€ kata Azhari.

Pelajar A merupakan antara lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak pada 20 Ogos lalu atas tuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina.