KUALA LUMPUR – Kecoh dunia hiburan tanah air apabila seorang penyanyi lelaki popular yang juga suami orang didakwa ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah hotel mewah di ibu negara.
Menurut sumber, serbuan dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menerima maklumat daripada orang awam yang melihat lelaki berkenaan sering keluar masuk ke bersama wanita terbabit.
“Sewaktu pegawai tiba di lokasi, pasangan itu dipercayai sedang berada bersama di dalam bilik. Mereka disyaki bersekedudukan,” kata sumber berkenaan.
Difahamkan, pelakon wanita tersebut merupakan adik kepada seorang selebriti terkenal, dan sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa artis lelaki lain.
Sementara itu, penyanyi terbabit pula bukan asing dengan kontroversi — pernah beberapa kali dikaitkan dengan isu curang, malah dilaporkan pernah bercerai dan kemudian rujuk semula dengan isterinya yang juga seorang penyanyi.
Kes tersebut kini dalam siasatan lanjut oleh pihak berkuasa agama. Namun di media sosial, ramai netizen mula “menduga” identiti pasangan itu dan menyifatkan isu sebegini sebagai ‘skrip lama artis sama, pelakon lain’ yang terus berulang.
