Dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan berani seorang penyanyi popular era 90-an yang mengakui pernah menjadi wanita simpanan kepada seorang lelaki berstatus suami orang selama 17 tahun. Lebih menggemparkan, beliau mengaku tidak menyesal malah berbangga kerana menerima elaun tetap RM50,000 sebulan sepanjang tempoh hubungan rahsia itu.

Dalam sebuah wawancara eksklusif yang berlangsung di podcast, penyanyi berkenaan mendedahkan bahawa hubungan tersebut bukan rahsia dalam kalangan rakan terdekatnya. Katanya, hubungan itu “berlandaskan keikhlasan dan kejujuran” dan tidak dianggap satu kesalahan peribadi.

“Saya tak pernah menyesal. Orang boleh cakap apa saja, tapi saya bahagia. Sepanjang 17 tahun ni, saya hidup senang. Semua keperluan saya ditanggung, tak perlu susah payah fikir pasal duit,” katanya penuh yakin.

Selain elaun bulanan, beliau juga menerima pelbagai hadiah mewah termasuk kereta, barang kemas bernilai tinggi dan percutian eksklusif ke luar negara.

Apabila ditanya sama ada timbul rasa bersalah kerana hadir sebagai orang ketiga, penyanyi itu hanya tersenyum dan menjawab:

“Saya tak rampas sesiapa. Saya cuma terima apa yang dia beri dengan rela hati. Kalau dia bahagia, saya pun bahagia.”

Pendedahan ini mencetuskan perdebatan panas di media sosial. Ramai netizen mengecam tindakan tersebut sebagai tidak bermoral, manakala sebahagian lain melihatnya sebagai realiti kehidupan moden di kalangan individu berada.

Walaupun dihujani pelbagai kecaman, penyanyi itu kekal dengan pendiriannya:

“Saya cuma hidup ikut cara saya. Orang luar boleh bercakap apa saja, yang penting saya bahagia dengan pilihan saya.”

Gambar Sebenar Ada Di Bawah Sekali