ALOR SETAR – [DIKEMAS KINI] Suspek yang dipercayai membunuh abang iparnya dalam satu kejadian tragis di Kampung Pida 3, Jerlun pada malam Jumaat direman enam hari bagi membantu siasatan.

Permohon reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu telah dibuat di Mahkamah Majistret Alor Setar pada Sabtu.

Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali telah membenarkan permohonan tersebut sehingga 6 November ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan hasil ujian urin suspek didapati negatif dadah.

Menurutnya, mayat mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini bagi tujuan bedah siasat.

โ€œBedah siasat terhadap mangsa dijalankan pagi ini dan keputusan awal punca kematian mangsa akan diperoleh dalam tempoh terdekat.

โ€œSaya turut menasihati orang awam tidak memviralkan gambar dan video kejadian supaya tidak mengganggu siasatan polis dan menjaga sensitiviti keluarga mangsa,โ€ katanya ketika dihubungi media pada Sabtu.